RESEPI BISKUT TERATAI DELIMA HATI.

RESEPI BISKUT TERATAI DELIMA HATI.
Resepi, biskut, biskut delima hati
Gambar dari Kosmo
Assalamualaikum. Hari ini saya terjumpa pula biskut yang sedap dan rangup iaitu biskut teratai delima hati. Sebenarnya saya telah terjumpa resepi teratai delima hati ini di dalam majalah Kosmo. Biskut ini telah memenangi Naib Juara Kategori Biskut Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat akhir iaitu Natrah Ismail, 59.

Bahan-bahan:

160 gram tepung kastard
120 gram tepung Jagung
80 gram tepung gandum
80 gram gula halus
150 gram minyak jagung Daisy
1/4 sudu teh Emplex
1/4 sudu teh vanilin
100 gram serbuk badam
1/4 sudu teh garam

Bahan-Bahan Adunan Bunga:

80 gram tepung gandum
30 gram gula ising
30 gram tepung jagung
1/2 sudu teh esen strawberi

Cara-Cara Membuat Biskutnya:

Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk, mesinkan sebati.
Masukkan minyak jagung Daisy dan mesin hingga menjadi doh.
Canai adunan dan terapkan acuan bunga teratai.
Letakkan adunan dalam acuan mangkuk kecil.

Cara-Cara Membuat Bunganya:

Mesinkan semua bahan-bahan kering, kemudian masukkan minyak jagung Daisy.
Gaul hingga sebati dan lembut.
Dengan menggunakan nozel samperit, paipkan adunan di atas adunan bentuk teratai tadi.
Panaskan ketuhar 160 Celcius bakar antara 15 hingga 20 minit sehingga biskut masak.

Selamat Mencuba


SUMBER

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top