RESEPI MEE GORENG BASAH.

 RESEPI MEE GORENG BASAH.
Resepi, Mee Goreng Basah
Google Image
Salam sejahtera semua. Kali ini resepi ingin memberi anda semua resepi mee goreng basah. Kalau nak dijadikan juadah berbuka nie pun tak menjadi masalah, boleh jer. Mee goreng basah ini adalah untuk bagi sesiapa yang inginkan mee yang berkuah dan tidak kering seperti mee goreng mamak.

Bahan-Bahan :
 
Mee kuning sebungkus
Bawang Merah 4 ulas
Bawang Putih sebiji
Cili kering blend terlebih dahulu
Daging or udang or Fishball or Fishcake (ikut selera anda)
Tomato paste
Sos cili
Kicap
Garam/Gula/Kiub Pati ayam..
Sayur sawi / taugeh / buah tomato (kalau tak nak sayur pun tidak mengapa)
Telur 2 biji
Cara-Cara Membuat Mee Goreng Basah : 
 
Blend bawang merah dan bawang putih dengan sedikit air..tumis didalam kuali sampai wangi
Masukkan cili kering yang dah di blend dan dikacau sampai pecah minyak.
Masukkan cili sos,garam dan sedikit gula.
Selepas itu masukkan pula kiub pati ayam dan kicap.
Masukkan tomato paste.
Masukkan air untuk menjadikan mee goreng anda berkuah.
Masukkan daging @ fishcake @ fishball dan biarkan sehingga mendidih..
Kemudian pecah kan 2 biji telur dan masukkan kedalam kuah.
Kacau dan biarkan telur pecah (jangan biar berketul sebab nak likatkan kuah) 
Masukkan tomato yang di potong-potong 
Kemudian masukkan sayur...
Masukkan mee yang dah di basuh dan gaul semua biar sebati..
Mee goreng basah anda telah pun siap sedia untuk hidangan.
 
Selamat Mencuba
 
 

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top