NASI GORENG KAMPUNG ALA THAI.

NASI GORENG KAMPUNG ALA THAI.
Resepi, NASI GORENG KAMPUNG ALA THAI.
 Google Image

Nasi goreng kampung satu juadah yang senang dan simple. Nasi goreng juga boleh anda sediakan untuk juadah berbuka dan bersahur kerana penyediaannya sangat senang dan cepat. Kali ini resepi ingin membawa ke resepi nasi goreng kampung ala-ala Thai gitu.

Bahan-bahannya
Nasi putih satu pot atau satu mangkuk.
Bawang putih
Sedikit daging Ayam 
Sayur kailan
Minyak masak
Sebiji telur
Sebiji cili merah besar

Cara-cara membuat nasi goreng kampung ala Thai

Pertama sekali masukkan minyak dan biarkan sehingga panas
Kemudian masukkan bawang putih, 1 sudu cili Boh
Masukkan ayam dan gaulkan ayam tersebut sehingga masak
Setelah masak ayam tersebut masukkan pula nasi putih Selepas itu anda masukkan sayur kailan 

Kemudian masukkan sos cili, sos tomato ,sos tiram,  kicap masin, kicap pekat , garam , secubit gula dan serbuk perasa
Potong sebiji cili merah besar
Gaulkan sehingga masak..
Jika ingin lagi sedap anda boleh lah menambahkan lagi hidangan anda udang dan sotong.
Akhir sekali anda boleh juga meletakkan sebiji telur dadar untuk diletakkan di atas hidangan nasi goreng anda.

Untuk hiasan pula potong timun dan tomato dan letakkan di d atas hidangan anda.
Anda boleh juga taburkan sedikit lada sulah dan bawang goreng diatas hidangan tersebut.
Hidangan nasi goreng kampung ala Thai anda telah pun siap.
Silalah jamu keluarga anda dengan resepi ini.
Sudah semestinya keluarga anda akan tersenyum lebar dengan nasi goreng kampung ala Thai ini.
Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top