RESEPI MEE HAILAM SEDAP DAN SIMPLE

RESEPI MEE HAILAM SEDAP DAN SIMPLE
Resepi, Resepi Mee, Resep
Google Image
Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Amat jarang kita merasai mee hailam sedap nie kerana banyak kedai yang tidak menyediakannya. Saya pernah merasai mee hailam di salah sebuah kedai makan. Rasanya memang sedap lagipun penyediaannya adalah amat simple dan rasanya juga sedap.

Bahan-Bahannya:

1/2 kg. mee kuning

1/4 kg daging ayam dan daging lembu
10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah * 
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
Sos cili 
Sos tomato 
Kicap

* Ditumbuk terlebih dahulu
* Ayam dan daging direbus dahulu

Cara-Cara Membuatnya:

Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar-benar masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.
Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging. 
Selepas itu anda masukkan pula ajinomoto, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)
Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
Kemudian anda masukkan mee.
Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.
Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.
Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.
Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
Mee hailam sedap dan simple anda telah pun siap.

Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

14 comments:

  1. Berapa banyak kena masukkan air untuk kuahnya?,,, kenapa tak disebutkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut kita nk kuah banyak mana.. selalunya kita ikut sesedap rasa...

      Delete
    2. Ikut kita nk kuah banyak mana.. selalunya kita ikut sesedap rasa...

      Delete
  2. TQ for the recipe! Simple tapi hasil dia memang sedap 😊

    ReplyDelete
  3. TQ for the recipe! Simple tapi hasil dia memang sedap 😊

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Hmm...nanti nak try buat insyaallah

    ReplyDelete
  6. Saya mahu buat untuk berbuka hari ini, terima kasih untuk resepinya

    ReplyDelete
  7. jap lagi buat..mmg minat gn mee hailam ni..thnx utk resepi yg ringkas tu..

    ReplyDelete
  8. Masak mee hailam hari. Sdg tunggu berbuka...

    ReplyDelete
  9. Masak mee hailam hari. Sdg tunggu berbuka...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. resepi nya sedap, izin copy tuk di publish

    ReplyDelete

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top