RESEPI SPAGHETTI CARBONARA

Resipi Spaghetti Carbonara Sedap.
Resepi, Resepi Spaghetti Carbonara,
Resipi Spaghetti Carbonara Sedap.Apa kata kita cuba membuat spaghetti carbonara pula. Saya selalu makan spaghetti carbonara nie. Memang sedap kalau dibuat dengan betul. Kalau kita pakai prego pasta sauce carbonara mushroom lagi bertambah senang dan mudah. Makan spaghetti carbonara nie dengan anak-anak memang gerenti cepat habis la walaupun kita buat banyak.
Bahan-bahan membuat carbonara spaghetti :

Minyak zaitun
1/2 bawang besar dipotong berbentuk dadu
5 ulas bawang putih yang ditumbuk halus
2 dada ayam besar dipotong berbebntuk dadu dan kecil-kecil
1 botol besar susu full cream dutch lady
1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
1/2 sudu kecil daun basil kering
1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
1 biji telur terpulang kalau taknak pakai pun takpe
Parmesan cheese yg nie pun terpulang pada anda
Garam 
1 paket spaghetti direbus sehingga empuk

Cara-cara membuat spaghetti carbonara :

Pertama sekali panaskan minyak zaitun.
Setelah panas masukkan bawang besar dan biarkan sehingga benar-benar masak.
Goreng sehingga garing dan jangan sampai hangus pula.
Masukkan pula bawang putih kacau sehingga naik bau wanginya.
Kemudian masukkan pula ayam yang telah dipotong kecil-kecil bentuk dadu tadi.
Setelah ayam benar-benar masak dan empuk barulah masukkan 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom tadi. Kacau sehingga semuanya sebati.
Masukkan pula 1 botol susu full cream dutch lady dan kacau.
Setelah itu masukkan lada hitam dan daun basil.
Biarkan seketika sehingga semua bahan tersebut sebati dan mereneh.
Setelah spaghetti anda benar-benar masak, tuangkan saja kuah carbonara ke dalamnya.
kalau boleh masakkan sekali spagheti dengan kuahnya barulah kuahnya dapat meresap ke dalam spageti anda.
Waktu rebusan terpulang kepada anda tapi jangan terlalu lembut.
Sebaik-baiknya air rebusan spagetti tadi jangan terus dibuang kerana kita akan mencampurkannya ke dalam sos supaya ianya akan bertambah pekat.
Tapi sebaik-baiknya kepekatan kuahnya bergantung pada anda sendiri.
Lepas tu air rebusan spaghetti jangan dibuang. Ambil air tu untuk jadikan tambahan dalam sos spaghetti yang akan memekatkan kuah.
Selepas itu masukkan garam pula sehingga spagetti anda benar-benar masak.
Setelah benar-benar masak tutup api baru anda masukkan telur untuk menambahkan rasa lemaknya dan kacau hingga sebati dan rata.
Akhir sekali tambahkan sedikit parmesan cheese (kalau takde pun takpe yer)

Sudah siap pun spaghetti carbonara anda yang sedap, lazat dan mantap. Bila weekend jer semua ada di rumah bolehlah dihidangkan. Makan ramai satu keluarga memang best.. Tak sedap pun mesti rasa sedap bila makan ramai-ramai nie...

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top