RESEPI GARLIC BREAD

RESEPI GARLIC BREAD.
Resepi, Resepi Garlic Bread,
Garlic Bread
Photo From realmomkitchen.com
Sudah pasti ramai yang pernah merasai garlic bread nie kan? Garlic bread nie memang menjadi salah satu kegemaran ketika makan di pizza hut. Mari kita cuba membuatnya sendiri.

Bahan-Bahannya:


Roti france
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
Parsley kering secukupnya

Cara-Cara Membuat Garlic Bread:


Ambil bawang putih bersihkan dan balut dengan aluminium foil kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar suhu 180 C selama lebih kurang 10 hingg 15 min. Sebaik-baiknya biarkan lah selama 15 min.

Setelah 15 min keluarkan dari oven ketuk-ketukkan aluminium foil itu sehingga bawang di dalamnya hancur.

Kemudian setelah hancur keluarkan dan anda bolehlah campurkan dengan mentega.

Selepas itu masukkan mentega tersebut ke dalam oven untuk mencairkannya. Setelah cair anda bolehlah menyapukannya pada roti france anda.

Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk dan boleh menyimpannya seminggu hingga ke 2 minggu.

Roti France tersebut anda hendaklah memotongnya sebelum anda menyapunya dengan garlic butter anda tadi. Ketebalan roti mengikut kreativiti anda sendiri. Kebiasaannya ketebalan tidak melebihi 10mm.


Setelah dipotong dan disapu dengan garlic butter tadi anda bolehlah menaburkan daun parsley.

Akhir sekali masukkannya ke dalam oven sehingga benar-benar masak. Sebaik2 nya suhu 150C dan biarkan dalam oven 10-15 minit.

Keluarkan dan sejukkan.

Siap sudah garlic bread anda.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

1 comments:

  1. yummy... tapi saya nak tanya boleh x? roti france tu roti ape? ke roti panjang yang keras tu?

    Anyway, done follow ur blog... Do follow mine too www.waniameen.blogspot.com

    ReplyDelete

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top