RESEPI BISKUT COKLAT CIPS SEDAP DAN RANGUP.

RESEPI BISKUT COKLAT CIPS SEDAP DAN RANGUP.
Resepi Biskut, Resepi, RESEPI BISKUT COKLAT CIPS SEDAP DAN RANGUP.
Google Image

Assalamualaikum semua. Sememangnya biskut coklat cips yang sedap dan rangup akan selalu kehabisan apabila dihidangkan semasa perayaan hari raya nanti. Biskut nie memang selalu menjadi kegemaran tetamu yang datang ke rumah anda. Biskut coklat juga menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa. Tambahan pula biskut coklat cips ini rangup dan begitu sedap sekali.

Hari ini kita semua akan berkongsi tentang resepi biskut coklat cips yang sedap dan rangup ini.

BAHAN-BAHANNYA:

Bahan-bahan A
 

250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan-Bahan B


230 g tepung gandum
20 g serbuk koko diayak terlebih dahulu
100 g coklat cips
50 g white coklat cips @ coklat rice (terpulang kepada anda)
50 g badam cincang (roasted)
50 g nestum


Cara-Cara Membuat Biskut Coklat Cips Sedap dan Rangup.

Mula-mula gaulkan butter dan gula sehingga semuanya sebati.
Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. 
Selepas itu kacau rata.
Masukkan bahan B secara perlahan-lahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
Sudukan adunan kecil2 kalau boleh hanya sebesar guli sahaja dan masukkan ke dalam loyang.
Panaskan oven pada suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak biskut anda benar-benar masak.
Akhir sekali setelah biskut anda benar-benar masak keluarkan dan sejukkan.
Simpan biskut anda ini ke dalam bekas kuih yang kedap udara untuk mengekalkan kerangupannya dan tidak lemau. 

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top