RESEPI BISKUT KOPI

RESEPI BISKUT KOPI.
Resepi, Biskut Raya, Biskut Kopi

Biskut kopi juga boleh dibuat untuk juadah masa hari raya nanti. Biskut kopi nie memang sedap sebab ianya telah dicampur dengan kopi. Mari kita cuba buat biskut ini untuk juadah masa hari raya nanti ataupun boleh juga untuk jualan biskut hari raya.

Bahan-bahan A:

250 gm mentega
50 gm gula perang
50 gm gula kastor
setengah sudu esen vanilla
5 gm Nescafe (dibancuh dengan sedikit air panas utk dijadikan pesnya nanti)

Bahan-Bahan B:

50 gm kelapa kering
50 gm badam kisar
200 gm tepung gandum
50 gm susu tepung
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh serbuk penaik
90 gm badam (dipotong memanjang)

Cara-Cara Membuat Biskut Kopi

Masukkan mentega, gula perang, gula kastor dan esen vanilla ke dalam mesin pengadun
Pukul semua bahan sehingga sebati kemudian masukkan pes Nescafe
Gaul lembut bak dipupuk sang bayu masukkan semua bahan B.
Uli semua bahan sehingga sebati
Setelah digaul di canai pula.
Akhir sekali hiaslah atasnya dengan badam panjang yg dipotong memanjang tadi.


Selamat Mencuba


Sumber Dari Majalah RASA

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top