RESEPI BISKUT CARIBBEAN.

RESEPI BISKUT CARIBBEAN.
Resepi, Biskut Raya,

Assalamualaikum. Resepi ini saya telah terjumpa dalam majalah Rasa. Nampak macam sedap sangat la pulak. Nama pun biskut Caribbean macam nama Europe la pulak. Hehehe... Apa kata kita cuba pula resepi biskut Caribbean nie.

Bahan-Bahannya:

70 mg mentega
40 gm susu tepung
20 gm gula aising
70 gm tepung gandum
1/4 sudu teh soda bikarbonat
50 gm kacang tanah
40 gm gula perang
30 gm emping jagung hancurkan terlebih dahulu
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/4 sudu teh garam halus
100 gm buah-buahan kering campuran
100 gm coklat masakan cairkan dulu

Cara-Cara Membuatnya:

Campurkan susu tepung, gula aising dan tepung gandum ke dalam bekas pengadun.
Kecuali masukkan bahan-bahan lain kecuali coklat masak.
Gaul semua bahan sehingga rata dan sebati.
Setelah di adun hingga rata ambil sejemput sebesar ibu jari dan masukkan ke dalam cawan kertas saiz kecil.
Masukkan ke dalam ketuhar suhu 180 C selama 15 minit.
Setelah masak keluarkan dan toppingkan ke atasnya coklat cair mengikut corak kegemaran anda.


Diambil dari Majalah RASA.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top