Showing posts with label resepi online. Show all posts
Showing posts with label resepi online. Show all posts

RESEPI BUTTERSCOTCH CHIP COOKIES.

RESEPI BUTTERSCOTCH CHIP COOKIES.
Resepi, BUTTERSCOTCH CHIP COOKIES.
Google Image
Terbaru saya telah menjumpai satu resepi butterscotch chip cookies. Memang sangat sedap dan rangup biskut ini. Semasa membakarnya pun dah terbau kenikmatan dan kesedapannya. Resepi ingin berkongsi dengan anda semua resepi butterscotch chip cookies ini.

BAHAN-BAHANNYA TERBAHAGI KEPADA 3:

BAHAN A:

250 gm mentega
70 gm gula kastor
80 gm gula perang
1 biji telur

BAHAN B:

50 gm badam kasar
50 gm oat yang telah dipanggang sedikit
250 gm chips butterscotch

BAHAN C:

300 gmtepung gandum
15 gm serbuk koko
50 gm susu tepung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

CARA-CARA MEMBUATNYA:

Terlebih dahulu pukul semua bahan-bahan A sehingga sebati dan kembang dengan menggunakan mixer.
Setelah sebati masukkan dan campurkan pula bahan C ke dalamnya.
Gaulkan semuanya hingga sekata.
Setelah semuanya sekata masukkan pula bahan B.
Gaulkan sekali lagi hingga semuanya sebati dan sekata.
Setelah semuanya sebati buatlah bentuk mengikut kesukaan anda.
Paling senang buat bentuk bulat ajer kan?
Akhir sekali setelah dibentuk masukkan ke dalam oven 170 C selama 25 - 30 minit.

Selamat Mencuba


SUMBER


RESEPI KETAM REBUS BERSERAI.

RESEPI KETAM REBUS BERSERAI.
Resepi, Ketam Rebus Berserai
Google Image
Ketam rebus serai jarang kita mendengarnya. Apa kata kita mencuba pula resepi ketam rebus berserai ini. Resepi ketam rebus berserai ini memang simple dan agak senang untuk dibuat. Orang duk bujang pun terlebih masa untuk membuat resepi ini.

BAHAN-BAHANNYA:

4 ekor ketam
1 batang serai diketuk terlebih dahulu
Air yang mencukupi
Lengkuas
2 ulas bawang putih
Garam

CARA-CARA MEMBUATNYA:

Masukkan ketam dan serai ke dalam periuk yang berisi air terlebih dahulu.
Biarkannya dan api sederhana besar.
Masukkan lengkuas, halia dan bawang putih ke dalam periuk tersebut.
Kemudian rasakan dengan garam mengikut tahap kemasinan anda.
Akhir sekali biarkannya betul-betul masak dan hidangan anda telah pun siap.


Jika anda inginkan lebih power anda juga boleh mencampurkan lagi bahan-bahannya seperti ajinomoto, cili api dan kunyit.


Selamat Mencuba

RESEPI KEPAH KUKUS.

RESEPI KEPAH KUKUS.
Resepi, Kepah Kukus
Google Image
Kepah sememangnya sedap dan lazat. Pelbagai jenis-jenis masakan boleh dibuat dengan kepah ini seperti kepah goreng berlada, kepah masak stim dan kepah kukus. Hari ini resepi akan membawa anda resepi kepah kukus.

BAHAN-BAHANNYA:

20 ekor kepah
2 ulas bawang putih
3 biji cili api
50 ml sos ikan
40 ml pati ayam
Garam
Cili merah untuk hiasan
Beberapa helai daun ketumbar

CARA-CARA MEMBUAT KEPAH KUKUS.

Cincang halus-halus bawang putih dan cili api.
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali daun ketumbar dan cili merah kerana hanya digunakan sebagai hiasan sahaja.
Setelah dicampurkan kesemuanya rata, sebati semua bahan-bahan tersebut tuangkan ke atas kepah.
Biarkannya seketika hingga kesemua ramuan tersebut sebati dengan kepah.
Selepas itu anda bolehlah masukkannya ke dalam alat pengukus anda.
Biarkannya sehingga betul-betul masak kepah anda itu.
Setelah masak keluarkannya dan hiaslah dengan daun ketumbar dan cili merah.
Kepah kukus anda telah pun siap untuk hidangan anda sekeluarga.

Selamat Mencuba.



SUMBER Majalah Rasa



RESEPI PUDING TRIFLE.

RESEPI PUDING TRIFLE.
Resepi, Puding Triffle
RESEPI PUDING TRIFLE.
Puding trifle sememangnya puding yang amat digemari oleh semua orang. Puding trifle kali ini akan dicampurkan dengan kek swiss roll yang semestinya akan bertambah sedap. Resepi kali ini akan berkongsi dengan anda semua resepi puding trifle.

BAHAN A (Lapisan Kek)

Swiss roll secukupnya
Air dari jus koktel

CARA-CARA:
Swiss roll dipotong setebal 1cm.
Kemudian masukkan ke dasar mangkuk. kalau boleh mangkuk kaca lah yer.
Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Cuba tekan-tekan supaya ianya padat.
Siramkan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll supaya kek itu lembab.
Selepas itu ketepikan dahulu.
 BAHAN B (KASTAD)

1 cawan rata tepung kastad
1/2 cawan gula 
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)

CARA-CARA:

Campurkan semua bahan dan kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.
Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.
Setelah itu tutup api. 
Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A) tadi
Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.
Sejukkan sebentar.

BAHAN C (Kristal Jelly)

10g serbuk jeli
1.2liter air
3/4 cawan gula
1-2 titis pewarna merah

CARA-CARA:

Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur. 
Curahkan ke atas adunan kastad.
Curahkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan senduk/sudu.
Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.
Sila lakukan dengan cermat. 
Selepas itu sejukkan sebentar ke dalam peti ais hingga puding keras.

RESEPI PUDING FRUIT COCKTAIL.

RESEPI PUDING FRUIT COCKTAIL.
Resepi, PUDING FRUIT COCKTAIL.
RESEPI PUDING FRUIT COCKTAIL.
Resepi puding fruit cocktail adalah resepi kita pada kali ini. Sememangnya fruit cocktail sering menjadi hidangan di sebarang majlis. Puding fruit cocktail menjadi kegemaran ramai. Anda semua boleh mencuba resepi ini dan sharekan kepada semua kawan-kawan anda.

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH PUDING FRUIT COCKTAIL.
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan gula
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard (kacaukannya di dalam air)

CARA-CARA MEMBUAT KUAH PUDING FRUIT COCKTAIL.

Campurkan semua bahan di atas.
Masakkannya di atas api yang tidak kuat.
Ini bertujuan supaya apabila kita masakkannya gula akan hancur dan semua bahan di atas akan sebati.
Setelah gula benar-benar hancur dan semuanya telah sebati tutuplah api dan masukkan ke dalam peti sejuk.


BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT CUSTARDNYA:
1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula

CARA-CARA MEMBUAT CUSTARD:

Terlebih dahulu campurkan semua bahan-bahan di atas dan masakkannya di atas api yang sederhana besar.
Biarkannya sehingga menjadi pekat dan likat. Anda akan juga dapati warnanya bertukar dari kuning cair ke kuning nipis.
Setelah benar-benar masak dan bertukar warna masukkan ke dalam bekas lompang.
Selepas itu biarkan sejuk dan setelah sejuk masukkannya ke dalam adunan pertama tadi.
Puding fruit cocktail anda telah pun siap untuk dihidangkan.
Kalau kita biarkannya sejuk mesti lagi sedap rasanya.


Selamat Mencuba










RESEPI NASI GORENG KERABU.

RESEPI NASI GORENG KERABU.
Google Image
Nasi goreng biasa sudah tentu ramai yang tahu cara-cara membuatnya. Nasi goreng memang dipelbagai jenis-jenisnya. Ada nasi goreng pattaya, nasi goreng malindo, nasi goreng telur bungkus dan juga nasi goreng kerabu. Resepi kali ini akan membawa anda resepi nasi goreng kerabu.

BAHAN-BAHANNYA:

Ikan bilis lebih kurang segenggam - goreng garing terlebih dahulu
Sekuntum bunga kantan dihiris halus
2 batang serai dihiris halus
2 ulas bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih- dicincang halus
4 ulas cili padi - hiris halus
2 sudu makan sos tiram
4 batang kacang panjang -dipotong kecil-kecil
Kubis atau apa-apa jenis sayur yang anda suka
3 mangkuk nasi
Garam
Minyak masak

CARA-CARA MEMBUAT NASI GORENG KERABU:
Terlebih dahulu tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau wanginya.
Masukkan bunga kantan, cili dan serai. Tunggu sehingga naik baunya juga.
Kemudian masukkan kacang panjang dan kubis atau apa sayur yang anda suka.
Masukkan nasi putih.
Selepas itu masukkan garam secukup rasa mengikut tahap kemasinan anda dan masukkan sekali sos tiram.
Kacau sehingga semuanya sekata dan cukup tahap kesedapannya anda bolehlah masukkan ikan bilis goreng.
Akhir sekali kacau sekejap dan gaul semuanya.
Nasi goreng kerabu anda telah pun siap.


Selamat Mencuba Yer!!














RESEPI PENGAT LABU.

RESEPI PENGAT LABU.
Google Image
Pengat labu juga merupakan makanan yang popular di kalangan masyarakat melayu kita. Seringkali kita mendengar masakan labu ini dikaitkan dengan kenduri arwah. Tetapi sekarang labu apabila dijadikan pengat amat sedap sekali. Ini adalah masakan orang-orang lama dahulu.

BAHAN-BAHANNYA:
1/2 biji labu
500 ml santan
150 g gula merah
2 sudu besar gula pasir
Sedikit garam
2 helai daun pandan

CARA-CARA MEMBUAT PENGAT LABU:
Masukkan labu, santan, air, gula melaka yang sudah dicairkan dengan air dan daun pandan kedalam periuk yang sedang besarnya..
Dengan api yang sederhana kecil, rebus labu hingga empuk dan masukkan garam secukup rasa
Selalu di kacau2 agar santan tidak berketul.
Kacau sehingga masak dan mendidih.
Setelah masak padamkan api dan sedia untuk dihidang.
Pengat labu terbaik yang sedap telah anda buat. Hehehe...


Selamat Mencuba.


RESEPI KUIH PANDAN MANIS.

RESEPI KUIH PANDAN MANIS.
Google Image
Kuih pandan yang manis juga ramai yang menggemarinya. Mungkin juga kerana ianya berbentuk bulat, berwarna dan rasanya manis. Kali ini resepi akan membawa anda resepi kuih pandan manis.

BAHAN-BAHANNYA:
500 gm mentega
200 gm gula kastor
700 gm tepung ros
40 gm susu tepung
2 sudu teh pewarna hijau
2 sudu teh perisa vanilla

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT PANDAN MANIS:
Seperti biasa pukul mentega dan gula kastor sehingga ianya betul-betul kembang.
Kemudian masukkan tepung ros, susu tepung dan tepung jagung.
Bahagikan adunan menjadi kepada 2 bahagian.
1 bahagian tanpa berwarna dan 1 lagi berperisa pandan.
Kemudian uli sehingga menjadi bentuk empat segi dan letakkan bahagian tanpa warna di atasnya.
Gulung dan jadikan ianya berbentuk memanjang.
Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selepas itu potong sebanyak 2.5 cm sahaja.
Akhir sekali bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.
Keluarkan apabila warnanya sudah menjadi warna kekuningan.
Kuih Pandan Manis anda telah pun siap untuk hidangan.

SUMBER
Majalah Keluarga 2009

RESEPI MUFFIN COKLAT MENTEGA.

RESEPI MUFFIN COKLAT MENTEGA.
Google Image
Pelbagai jenis-jenis muffin yang ada sekarang. Terpulanglah kepada anda inginkan jenis muffin yang macam mana rupa, bentuk dan rasanya. Muffin coklat mentega juga tidak ketinggalan dengan rasanya yang sedap. Hari ini resepi akan berkongsi tentang resepi muffin coklat mentega.

BAHAN-BAHANNYA:
2 cwn tepung gandum 
3 sk baking powder 
1/4 cwn gula 
2 biji telur 
2 sk esen vanilla 
1 cwn susu segar 
50 gm mentega cairkannya terlebih dahulu.
1/2 cwn coklat masakan juga dicairkan

CARA-CARA MEMBUAT MUFFIN COKLAT MENTEGA.
Ambil tepung dan serbuk penaik dan ayakkannya.
Masukkan gula di tengah-tengah tepung dan serbuk penaik.
Asingkan bahan-bahan ini dahulu.
Kemudian pukul telur dan esen vanilla, susu segar dan mentega cair.
Kemudian masukkannya ke dalam yang berisi serbuk penaik, tepung dan gula tadi dan gaul hingga sebati. 
Jangan terlampau campurkan sangat yer.
Kemudian masukkan coklat cair ke dalam adunan tadi dan gaul secara perlahan-lahan bak dipupuk sang bayu.
Jika terdpat tepung berketul2 tidak rata biarkan. Jika kita terlebih2 sebatikan adunan, nanti adunan akan keras.
Bakar pada suhu 190 C selama 15-20 minit atau hingga muffin masak.
Sentiasa pantau muffin anda di dalam oven takut-takut dan rentung baru nak keluarkan.
Hidangan muffin coklat mentega anda telah pun siap dibina. 




 





RESEPI MUFFIN COKLAT.

RESEPI MUFFIN COKLAT.
 
Google Image

Muffin memang sedap dan amat digemari oleh kanak-kanak. Apatah lagi muffin dicampurkan dengan coklat. Banyak resepi di buat menggunakan muffin ini. Kali ini resepi ingin berkongsi resepi muffin coklat chip.

BAHAN-BAHANNYA:
    1 3/4 cawan tepung gandum
    1/4 cawan serbuk koko
    1 cawan gula perang
    1 sudu kecil baking powder
    1 sudu kecil soda bikarbonat
    1/2 sudu kecil garam
    1 cawan fresh milk
    1 biji telur - pukul sikit
    1/3 cawam minyak atau butter yang dicairkan
    1 sudu kecil esen vanila
    Choc chips mengikut sukatan anda nak banyak ke sikit

    CARA-CARA MEMBUAT MUFFIN COKLAT CHIP:
    Ambil tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam dan campurkan semuanya. 
    Ayak dan ketepikan dahulu.
    Gaulkan semuanya dengan gula. 
    Dalam bekas lain pula anda campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak.
    Kacau sehingga sebati dan rata. 
    Kemudian masukkan campuran tepung tadi, kacau rata. 
    Masukkan choc chips. 
    Masukkan ke dalam muffin cup dan taburkan sedikit coklat cip di atasnya. 
    Bakar selama 20 minit atau hingga masak.
    Hidangan muffin coklat chip anda telah pun siap dibina. 
    Hidangan ini juga boleh dibuat sempena hari raya akan datang. 

    Tips:
    Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik  dengan sempurna.
    Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
    Jangan guna minyak masak yang berkacang  kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
    Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
    Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
    Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

    Selamat Mencuba


     





    Gallery

     

    © 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

    Back To Top