RESEPI KUIH PANDAN MANIS.

RESEPI KUIH PANDAN MANIS.
Google Image
Kuih pandan yang manis juga ramai yang menggemarinya. Mungkin juga kerana ianya berbentuk bulat, berwarna dan rasanya manis. Kali ini resepi akan membawa anda resepi kuih pandan manis.

BAHAN-BAHANNYA:
500 gm mentega
200 gm gula kastor
700 gm tepung ros
40 gm susu tepung
2 sudu teh pewarna hijau
2 sudu teh perisa vanilla

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT PANDAN MANIS:
Seperti biasa pukul mentega dan gula kastor sehingga ianya betul-betul kembang.
Kemudian masukkan tepung ros, susu tepung dan tepung jagung.
Bahagikan adunan menjadi kepada 2 bahagian.
1 bahagian tanpa berwarna dan 1 lagi berperisa pandan.
Kemudian uli sehingga menjadi bentuk empat segi dan letakkan bahagian tanpa warna di atasnya.
Gulung dan jadikan ianya berbentuk memanjang.
Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selepas itu potong sebanyak 2.5 cm sahaja.
Akhir sekali bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.
Keluarkan apabila warnanya sudah menjadi warna kekuningan.
Kuih Pandan Manis anda telah pun siap untuk hidangan.

SUMBER
Majalah Keluarga 2009

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top