RESEPI PUDING TRIFLE.
RESEPI PUDING TRIFLE. |
BAHAN A (Lapisan Kek)
Swiss roll secukupnya
Air dari jus koktel
CARA-CARA:
Swiss
roll dipotong setebal 1cm.
Kemudian masukkan ke dasar mangkuk. kalau boleh mangkuk kaca lah yer.
Kek mestilah
menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Cuba tekan-tekan supaya ianya padat.
Siramkan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll supaya kek itu lembab.
Selepas itu ketepikan dahulu.
BAHAN B (KASTAD)
1 cawan rata tepung kastad
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)
CARA-CARA:
Campurkan semua bahan dan kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.
Kemudian masak
atas api yang kecil hingga pekat.
Setelah itu tutup api.
Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A) tadi
Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.
Sejukkan sebentar.
BAHAN C (Kristal Jelly)
10g serbuk jeli
1.2liter air
3/4 cawan gula
1-2 titis pewarna merah
CARA-CARA:
Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur.
Curahkan ke atas adunan kastad.
Curahkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan senduk/sudu.
Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.
Sila lakukan dengan cermat.
Selepas itu sejukkan sebentar ke dalam peti ais hingga puding keras.
0 comments:
Post a Comment