Showing posts with label resepi puding. Show all posts
Showing posts with label resepi puding. Show all posts

RESEPI PUDING ROTI KASTARD.

RESEPI PUDING ROTI KASTARD.
Resepi, Resep, Resepi Puding
Google Image
Assalamualaikum semua. Puding roti kastard ramai yang telah merasainya. Puding nie memang sedap dan lazat apabila kita membuatnya dengan cara yang betul tambahan pula sosnya yang lazat menambahkan lagi keenakannya beb. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara membuat puding roti kastard nie.

Bahan-Bahannya:

(Mangkuk 1)

Beberapa keping roti terpulang kepada anda berapa keping.
2 cawan susu segar.
* Siat-siatkan atau carikkan roti dan rendam di dalam susu selama 30 minit.

(Mangkuk 2)

4 sudu besar gula

2 sudu besar butter
2 biji telur
1 sudu teh tepung jagung
Esen vanila

Cara-cara Membuatnya:

Pukul semua bahan diatas sehingga sebati
Campurkan kesemua bahan Mangkuk 1 dan 2.  
Anda juga menambah kismis, chip cokelat, ataupun buah-buahan seperti pisang @ strawberry. 
Setelah semuanya sebati bakar selama 30 minit atau hingga masak dengan suhu 180°C
Setelah benar-benar masak keluarkan dan biarkan ianya sejuk.
Cara-cara Membuat Sos Kastard.
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
2 sudu tepung kastard

Masakkan semua bahan di atas dengan api yang sederhana besar dan kacau sehingga semuanya sebati. 
Biarkannya sehingga pekat.
Kepekatannya mengikut citarasa anda.
Setelah semuanya siap dan bolehlah dihidangkan. 
Resepi puding roti kastard nie memang mudah dan senang. 
Orang bujang pun boleh buat yang nie. 

Selamat Mencuba


RESEPI PUDING TRIFLE.

RESEPI PUDING TRIFLE.
Resepi, Puding Triffle
RESEPI PUDING TRIFLE.
Puding trifle sememangnya puding yang amat digemari oleh semua orang. Puding trifle kali ini akan dicampurkan dengan kek swiss roll yang semestinya akan bertambah sedap. Resepi kali ini akan berkongsi dengan anda semua resepi puding trifle.

BAHAN A (Lapisan Kek)

Swiss roll secukupnya
Air dari jus koktel

CARA-CARA:
Swiss roll dipotong setebal 1cm.
Kemudian masukkan ke dasar mangkuk. kalau boleh mangkuk kaca lah yer.
Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Cuba tekan-tekan supaya ianya padat.
Siramkan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll supaya kek itu lembab.
Selepas itu ketepikan dahulu.
 BAHAN B (KASTAD)

1 cawan rata tepung kastad
1/2 cawan gula 
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)

CARA-CARA:

Campurkan semua bahan dan kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.
Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.
Setelah itu tutup api. 
Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A) tadi
Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.
Sejukkan sebentar.

BAHAN C (Kristal Jelly)

10g serbuk jeli
1.2liter air
3/4 cawan gula
1-2 titis pewarna merah

CARA-CARA:

Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur. 
Curahkan ke atas adunan kastad.
Curahkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan senduk/sudu.
Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.
Sila lakukan dengan cermat. 
Selepas itu sejukkan sebentar ke dalam peti ais hingga puding keras.

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top