RESEPI PATIN MASAK TEMPOYAK

RESEPI PATIN MASAK TEMPOYAK

Google Image

Masakan ikan patin masak tempoyak memang amat digemari oleh ramai orang. Tidak hairanlah apabila ikan patin ini dimasak gulai tempoyak menyebabkan harganya melambung tinggi lebih-lebih lagi di sebelah pantai timur. Salah satu tempat yang popular masakan ikan patin ini ialah di Temerloh.

BAHAN-BAHANNYA:

  • 1 ekor ikan patin
  • 2 sudu atau lebih tempoyak
  • 3 biji cili merah yang ditumbuk halus
  • 6 biji cili padi ditumbuk halus
  • 1 batang serai ditik
  •  4 cm kunyit hidup ditumbuk halus
  • 1 biji tomato
  • 1 biji timun dibelah memanjang
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 helai daun kunyit disiat-siat
  • garam
  • 500 ml air
CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Campurkan semua bahan-bahan tempoyak, cili merah, cili padi dan kunyit yang sudah menjadi halus, serai dan ke dalam periuk yang telah diisi air.
  • Masakkan di atas api yang sederhana besar.
  • Kemudian masukkan ikan patin, timun, tomato, cili hijau, daun kunyit dan cili merah ke dalam periuk tersebut. 
  • Tunggu sehingga masak dan akhir sekali masukkan garam mengikut citarasa anda.
Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top