RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA.


Bila sebut sahaja ikan siakap tiga rasa pasti ramai yang terliur mendengarnya. Ikan siakap tiga rasa memang salah satu menu yang agak mahal di restoran seafood. Sekarang anda boleh memasaknya di rumah dengan resepi di bawah ini.

BAHAN-BAHANNYA.


Bahan Untuk Ikan:
  • 2 ekor ikan siakap
  • Tepung jagung 
  • Serbuk Pasti Sedap Knoor
  • Minyak masak

Untuk Kuah:

  • 2 biji bawang besar - dipotong secara dadu
  • 6 biji bawang putih - dititik
  • 10 biji cili padi - dipotong kecil
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
  • Kiub nanas dalam tin - 280 gm
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili thai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 batang serai - dititik dan ditumbuk
  • Beberapa helai daun limau purut
  • Daun sup/daun bawang 
  • Garam
  • Ajinomoto 
  • Gula 
  • Minyak masak

CARA-CARA MEMBUATNYA:

  • Bersihkan ikan terlebih dahulu dan toskannya.
  • Ikan dilumur dengan serbuk pasti sedap knoor sehingga semuanya rata. Kemudian lumurkan pula ikan tadi dengan tepung jagung. Lumurkan kesemua bahagian ikan termasuk dalamnya juga.
  • Goreng ikan dengan minyak yang panas sehingga garing. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
  • Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan-bahan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
  • Setelah bawang agak layu dan naik baunya masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sehingga rata.
  • Kemudian masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
  • Selepas itu anda masukkan pula sedikit air. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
  • Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  
  • Jika anda ingin kelihatan lebih menarik anda boleh taburkan daun sup/daun bawang. 

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top