RESEPI SAYUR KAILAN IKAN MASIN.

RESEPI SAYUR KAILAN IKAN MASIN.

Jika anda penggemar masakan Thai, anda sudah tentunya pernah merasai sayur kailan goreng bersama ikan masin. Sekarang anda tidak perlu pergi ke restoran untuk menikmatinya kerana di bawah telah disediakan resepi sayur kailan ikan masin.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 ikat sayur kailan - ambil pucuk kalian yang berbunga sahaja
  • 2 cm ikan masin sebaik-bauknya ikan tenggiri
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili api- ditumbuk dan dititik
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar nampla- sos ikan Thai
  • Minyak bijan


CARA MEMASAK KAILAN IKAN MASIN :

  • Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda, Ambil bawang merah dan putih dan dipotong halus .Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.
  • Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga garing. Kemudian dimasukkan semua bawang dan goreng sehingga bawang layu . 
  • Masukkan sos tiram kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan nampla dan terus kacau. Akhir sekali masukkan sayur kailan. Kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air . Goreng sehingga sayur kailan layu. 
  • Garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.

Selamat Mencuba.



Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top