RESEPI IKAN PARI ASAM PEDAS.

RESEPI IKAN PARI ASAM PEDAS.

Google Image

Kalau di Melaka masakan asam pedas memang menjadi antara menu popular di sana. Disini dikongsikan resepi asam pedas yang dicampurkan dengan ikan pari.

BAHAN-BAHANNYA:

  • Ikan pari bersaiz sederhana
  • 7 @ 8 batang bendir
  • 20 gm cili kering dikisar terlebih dahulu
  • 15 gm asam jawa
  • 30 ml minyak masak
  • 5 biji bawang putih ditumbuk tapi jangan terlalu lumat
  • 5 biji bawang merah ditumbuk tapi jangan terlalu lumat
  • 1 1/2 cm kunyit hidup ditumbuk sehingga lumat
  • 1 batang serai dititik terlebih dahulu
  • 2 kuntum bunga kantan dibelah 2
  • 4 helai daun kesum
  • 250 ml air
  • Garam
CARA-CARA MEMASAKNYA:
  • Rendamkan ikan pari tersebut ke dalam air asam jawa.
  • Tumis bawang putih dan merah sehingga naik baunya. Setelah itu masukkan cili kering yang dikisar dan tumis sehingga masak. Kemudian masukkan kunyit hidup.
  • Masukkan ikan pari dan masukkan juga air asam jawa rendaman ikan tadi dan biarkan mendidih.
  • Setelah mendidih barulah masukkan bunga kantan, daun kesum dan bendir.
  • Akhir sekali masukkan garam mengikut citarasa anda.
  • Hidangan ikan pari asam pedas telah siap untuk dihidangkan bersama keluarga.
Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top