RESEPI NASI DAGANG.

RESEPI NASI DAGANG.


Nasi Dagang juga merupakan antara jenis-jenis nasi yang popular di Malaysia selain nasi arab, nasi minyak dan sebagainya. Di bawah ini disertakan cara-cara membuat nasi dagang.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras siam direndam selama 2 jam
  • 500 gm beras pulut direndam selama 6 jam
  • 500 gm pati santan kelapa
  • 10 biji bawang merah
  • 4 cm halia
  • 2 sudu halwa
  • Garam
CARA-CARA MEMBUAT NASI DAGANG.
  • Campurkan beras pulut dan beras siam sekali dan gaulkan sehingga bercampur semuanya. Masukkan ke dalam loyang dan kukus sehingga 20 minit di atas air yang menggelegak.
  • Sementara menunggu beras tadi masak anda campurkan pati santan, bawang merah, halia dan halwa dan kacaukannya.
  • Masukkan garam mengikut citarasa anda.
  • Setelah beras masak masukkannya ke dalam mangkuk yang besar dan campurkan santan ke dalamnya dan gaul sehingga semuanya sebati.
  • Biarkan selama 10 minit hingga sebati dan masukkan semula ke dalam loyang dan kukus selama 10 minit.
  • Kebiasaan nasi dagang ini akan di makan bersama-sama dengan ikan tongkol masak lemak pedas ataupun kari.
  • Anda juga boleh makan nasi dagang ini bersama-sama dengan menu lain terpulang kepada selera anda.
Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top