RESEPI LAKSA JOHOR.

RESEPI LAKSA JOHOR.

Google Image

Laksa juga merupakan antara makanan popular di Malaysia. Seringkali kita mendengar laksa Johor, laksa Penang, laksa Sarawak dan macam-macam lagi. Kali ini resepi ingin berkongsi resepi laksa Johor.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 bungkus spageti
  • 1 kg ikan tenggiri
  • 50 gm udang segar
  • 10 gm bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 50 gm rempah kari ikan
  • 4 sudu kerisik
  • 1 liter santan
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 mangkuk belacan
  • Air
  • Garam
  • Gula
BAHAN-BAHAN UNTUK ULAM.
  • 2 biji bawang besar
  • 2 biji timun
  • 2 ikat daun kesum
  • 5 biji limau kasturi
  • 1/2 kilo taugeh
CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Rebus, tos dan gaul spageti dengan sedikit mentega.
  • Rebus ikan tenggiri terlebih dahulu buang tulang dan kisarkannya
  • Udang segar dicampur dengan udang kering dan dikisar terlebih dahulu.
  • Bawang putih, bawang merah, serai dan lengkuas dikisar halus terlebih dahulu.
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi campur kerisik dan masukkan santan dan asam keping.
  • Tambah sedikit air dan gaulkannya sehingga sebati.
  • Masukkan ikan tenggiri dan gaul sehingga serata.
  • Masukkan udang segar dan udang kering yang telah dikisar tadi ke dalamnya.
  • Kemudian masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda sendiri.
  • Tunggu sehingga betul-betul mendidih.
  • Setelah siap anda juga menghidangkannya bersama-sama ulam dan sambal belacan.
  • Perrgghhhh.... Memang menyelerakan laksa Johor nie.
Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top