RESEPI UDANG TIGA RASA.

RESEPI UDANG TIGA RASA.

Kebiasaannya kita hanya mendengar udang digoreng ataupun dimasak gulai tetapi kali ini resepi akan membawa anda menikmati juadah udang tiga rasa. Sekiranya anda belum pernah merasainya, anda boleh mencuba resepi udang tiga rasa ini.

BAHAN-BAHANNYA.

  • 10 ekor udang yang telah dibersihkan
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit
  • 2 cm lengkuas
  • 10 biji cili api
  • 1/2 biji nenas
  • 2 sudu kicap sotong
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • Gula - 2 sudu sahaja 
  • Garam
  • Minyak masak
  • Air
CARA-CARA MEMBUAT UDANG TIGA RASA.
  • Goreng udang di dalam kuali hingga masak iaitu kuning kekuningan.
  • Setelah masak angkat dan letakkan tepi.
  • Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lengkuas dan cili api yang telah dikisar sehingga naik bau wangi dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan gula, kicap sotong, sos cili dan sos tiram. Masukkan garam mengikut citarasa anda.
  • Kemudian masukkan air dan kacau hingga mendidih dan kuahnya menjadi pekat.
  • Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul hingga serata.
  • Udang tiga rasa anda telah pun siap dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top