RESEPI KEK CHEESE COKLAT.

RESEPI KEK CHEESE COKLAT.
Resepi, Resep, RESEPI KEK CHEESE COKLAT.
Google Image
Kek cheese sememangnya sedap dan lazat. Kali ini kita menyediakan kek cheese yang di campurkan dengan coklat. Memang sedap kerana apabila cheese bercampur dengan coklat akan menambahkan lagi kesedapannya dan kelazatannya.

Dibawah ini disediakan resepi untuk membuat kek cheese coklat yang sedap dan lazat.


Bahan A

1 cawan gula
1 cawan susu cair 
1 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak untuk memasak.


Cara-caranya:

Semua bahan diatas campur semuanya dan masakkannya di atas api. 
Kacau sampai sebati sehingga masak 
Setelah masak tutup api,  ketepikan dan biarkan sejuk

Bahan B

3biji telur 1cawan tepung naik sendiri

Cara-caranya


Pukul telur sehingga kembang dan naik gebu.
Kemudian masukkannya ke dlm bahan A dan kacau hingga sebati.
Selepas itu masukkan pula tepung naik sendiri dan kacau hingga sebati dan boleh lah dikukus separuh dulu.
Loyang hendaklah disapu majerin serta dialas kertas.  
Biarkan ia dikukus sehingga betul-betul masak.

* Jangan dituang kesemuanya kerana baki akan diletakkan semula ke atas cheese.

Bahan-bahannya untuk cheese.


250gm cream cheese
60gm gula castur
25ml air biasa
25gm tepung gandum
1biji telur

Cara-caranya: 


Pukul kesemua bahan diatas kecuali telur sampai kembang dan gebu.
Kemudian masukkan telur dan pukul lagi.
Setelah coklat yang dikukus tadi dah masak,  masukkan cheese sampai habis.
Masukkan semula lagi sampai masak siap dan masukkan pula baki coklat tadi dan kukus lagi sampai masak. Setelah masak keluarkan dan sejukkannya.

SUMBER

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top