RESEPI AISKRIM GORENG.

RESEPI AISKRIM GORENG.
Resepi, Resepi Sedap, RESEPI AISKRIM GORENG.
Google Image
Ramai dikalangan kita jarang menjumpai aiskrim goreng ini. Aiskrim ini memang sedap dan lazat kerana kebiasaannya kita akan makannya sewaktu di luarnya panas dan apabila digigit akan berasa sungguh sejuk kerana aiskrim di dalamnya yang masih sejuk. Memang sedap aiskrim goreng nie.

Mari kita baca di bawah ini bahan-bahan dan cara-cara membuat aiskrim goreng.

Bahan-Bahan:

Ais krim (brand aiskrim terpulang pada anda tapi disyorkan nestle)
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 cawan breadcrumb
1 cawan cornflakes
1 cawan coco crunch

Air

Cara-Cara Membuat Aiskrim Goreng:

Campurkan telur dan tepung dengan air.
Kacau semuanya sehingga serata dan sebati.
Kemudian asingkan di dalam bekas lain.
Selepas itu anda ambil cornflakes, coco crunch dan breadcrumb dan campurkan semuanya.
Ambil aiskrim dan bentukkannya bulat 
Anda masukkan aiskrim tersebut ke dalam campuran cornflakes, coco crunch dan breadcrumd tadi.
Cuma golek-golekkan aiskrim tadi di dalam ramuan tadi.
Selepas itu bungkuskannya dengan plastik wrapping.
Akhir sekali masukkannya ke dalam peti sejuk sehingga ianya beku dan keras.
Setelah aiskrim anda keras keluarkannya dan goreng di dalam minyak yang panas hingga warna kekuningan.
Selepas itu setelah masak anda keluarkan dan bolehlah dituang jem ke atasnya.

* Ramuan jem akan dicampurkan dengan air dan dimasakkan pekat sedikit sebelum dituang ke atas aiskrim goreng anda..


Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top