Showing posts with label resepi sedap dan lazat. Show all posts
Showing posts with label resepi sedap dan lazat. Show all posts

RESEPI UDANG GORENG MENTEGA SEDAP.

RESEPI UDANG GORENG MENTEGA SEDAP.
Resepi, Resepi Udang
Google Image
Resepi udang mentega juga merupakan masakan yang popular di kalangan kita. Kebiasaannya apabila di goreng sememangnya sedap apatah lagi udang galah. Kali ini kita akan mencuba resepi udang yang di goreng dengan mentega. Tentu lagi sedap.

Bahan-Bahannya:

500g udang besar

4 ulas bawang putih (cincang)
2 batang daun kari
2 biji kuning telur
3 sudu besar butter
3/4 cawan susu cair
Garam 
Gula

Cara-Cara:

Goreng separuh masak udang dlm minyak yang panas dlm 3 minit, kemudian angkat.
Masukkan satu sudu butter dgn sedikit minyak. 
Biarkan sehingga dapur betul2 panas baru masukkn kuning telur. Kacar sehingga menjadi rambu. Angkat dan sejat minyak yang lebih.
Panaskan 2 sudu butter, kemudian tumis bawang putih dgn daun kari sehingga naik bau. 
Kemudian masukkan susu cair, garam dan gula secukupnya. Kacau hingga sebati.
Masukkan udang kedalam bahan-bahan tadi dan kacau selama 2 minit.
Angkat dan letakkan rambu telur tadi diatas udang.
Siap untuk dihidang dengan nasi yang nasi panas.

RESEPI AISKRIM GORENG.

RESEPI AISKRIM GORENG.
Resepi, Resepi Sedap, RESEPI AISKRIM GORENG.
Google Image
Ramai dikalangan kita jarang menjumpai aiskrim goreng ini. Aiskrim ini memang sedap dan lazat kerana kebiasaannya kita akan makannya sewaktu di luarnya panas dan apabila digigit akan berasa sungguh sejuk kerana aiskrim di dalamnya yang masih sejuk. Memang sedap aiskrim goreng nie.

Mari kita baca di bawah ini bahan-bahan dan cara-cara membuat aiskrim goreng.

Bahan-Bahan:

Ais krim (brand aiskrim terpulang pada anda tapi disyorkan nestle)
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 cawan breadcrumb
1 cawan cornflakes
1 cawan coco crunch

Air

Cara-Cara Membuat Aiskrim Goreng:

Campurkan telur dan tepung dengan air.
Kacau semuanya sehingga serata dan sebati.
Kemudian asingkan di dalam bekas lain.
Selepas itu anda ambil cornflakes, coco crunch dan breadcrumb dan campurkan semuanya.
Ambil aiskrim dan bentukkannya bulat 
Anda masukkan aiskrim tersebut ke dalam campuran cornflakes, coco crunch dan breadcrumd tadi.
Cuma golek-golekkan aiskrim tadi di dalam ramuan tadi.
Selepas itu bungkuskannya dengan plastik wrapping.
Akhir sekali masukkannya ke dalam peti sejuk sehingga ianya beku dan keras.
Setelah aiskrim anda keras keluarkannya dan goreng di dalam minyak yang panas hingga warna kekuningan.
Selepas itu setelah masak anda keluarkan dan bolehlah dituang jem ke atasnya.

* Ramuan jem akan dicampurkan dengan air dan dimasakkan pekat sedikit sebelum dituang ke atas aiskrim goreng anda..


Selamat Mencuba.

RESEPI AYAM GOLEK SEDAP DAN LAZAT.

RESEPI AYAM GOLEK SEDAP DAN LAZAT.
Resepi, Resepi Ayam Sedap, Resep
Google Image
Assalamualaikum semua. Sudah semestinya ramai yang pernah merasai ayam golek yang lazat dan sedap. Harga ayam golek ini juga sudah mencecah ke rm20 seekor. Tetapi di tempat saya harga ayam golek ini masih maintain rm16 ke rm18 seekor. 

Mari kita cuba buat sendiri ayam golek di rumah sahaja. Modal pun tidak terlalu banyak.

A) Bahan-bahan untuk perencah ayam :


3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir @ gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan-bahan diatas
Sedikit mentega

Cara-cara :


1. Campur kesemua bahan-bahan diatas dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam @ 3 jam
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. 

5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. 
6. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

B) Bahan-Bahan Untuk Sos Lada Hitam:

Bahan-Bahan :


1 1/2 cawan stok ayam@daging 
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
Sedikit batang salery - dicincang 
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
Garam dan gula - jika perlu

Cara-cara :


1. panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didihkan semula.

3. Kemudian masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. 
4. Selepas itu masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.


Kredit blogzakirasli

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top