RESEPI KAILAN IKAN MASIN ALA THAI.

RESEPI KAILAN IKAN MASIN ALA THAI.
Resepi, Kailan Ikan Masin, Resepi Thai
Google Image
Masakan Thailand seperti kailan ikan masin memang slaah satu makanan kegemaran ramai orang ketika berkunjung ke restoran Thai. Saya juga amat-amat menggemari kailan ikan masin ini dan sedap jika ianya dimakan dengan daging nasi merah. Di bawah ini disertakan resepi kailan ikan masin ala Thai gitu untuk anda semua. Tak perlu pergi ke restoran Thai dah untuk menikmatinya lagi.

Bahan-bahannya :

2 ikat sayur kailan - ambil pucuk kalian yang berbunga sahaja
2 cm ikan masin sebaik-bauknya ikan tenggiri
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili api- ditumbuk dan dititik
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar nampla- sos ikan Thai
Minyak bijan

Cara-Cara membuat Sayur Kailan Ikan Masin.

Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda, 
Ambil bawang merah dan putih dan dipotong halus .
Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.
Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing. 
Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu .  
Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati. 
Setelah betul-betul sebati anda masukkan pula nampla dan terus kacau. 
Akhir sekali masukkan sayur kailan
Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air . 
Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya.  
Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.
Masakan kailan ikan masin anda telah pun siap untuk dihidangkan.
 
Selamat Mencuba Yer...

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top