RESEPI PAPRIK AYAM.

RESEPI PAPRIK AYAM.
Google Image

Selain dari ayam masak merah, ayam goreng berlada dan bermacam-macam lagi, paprik ayam adalah merupakan salah satu menu resepi yang popular di mana-mana restoran tom yam. Cara penyediaan paprik ayam nie pun agak simple, mudah, ringkas dan bergaya. Hehehe...

Mari kita berkongsi resepi paprik ayam ini.

BAHAN-BAHAN PAPRIK AYAM.
Setengah ekor ayam yang dipotong kecil-kecil. Jangan potong besar-besar macam nak buat gulai tue yer. Potong macam kat kedai-kedai restoran tue.
2 ulas bawang putih yang dipotong halus-halus bak dipupuk sang bayu.
1 biji bawang besar yang telah dibelah dua dan dihiris bulat dan kasar.
1 biji cili merah dihiris dan dipotong serong.
10 biji cili api dititik-titik - kalau nak pedas tambahlah lagi.
2 helai daun limau purut. siat-siatkan dulu.
2 biji putik jagung dipotong serong.
Bunga kobis
1/2 biji karot
2 biji kacang panjang
2 sudu makan cili kering telah dikisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
Garam
1 cawan air

CARA-CARA MEMASAK PAPRIK AYAM.
Tumis bawang putih di dalam kuali panas sehingga naik bau wanginya.
Tumiskan pula cili kasar sehingga pecah minyaknya.
Kemudia masukkan cili sos dan tomato sos tunggu sehingga minyak pecah juga.
Setelah itu anda masukkan ayam sehingga sebati dengan alat-alat penumis tadi. Kacau sehingga ayam tersebut masak.
Masukkan air sehingga air tersebut panas dan mendidih.
Kamudian masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa anda. Nak masin tambah la garam lagi.
Gaulkan semuanya sehingga betul-betul sebati.
Masukkan semua jenis-jenis sayuran tadi yang telah dipotong kecil-kecil. Kalau besar sangat nanti takut ada yang tercekik la pulak kan? Hehehe..
Kacau semula semua bahan tersebut sehingga anda benar-benar yakin dan konfiden sayur-sayur tadi telah pun empuk.
Ketika anda mengacaunya pastikan kalau terlampau pekat anda bolehlah tambah air untuk menambahkan kuahnya sedikit.
Kalau tak berkuah tak sedap la jugak kan?
Setelah benar-benar masak anda boleh menutup api dapur untuk mengelakkan pembaziran gas. Hehe...
Paprik ayam anda telah siap sedia untuk diserang oleh ahli keluarga anda.

Selamat Mencuba Resepi Paprik Ayam Yang Bakal Menggegarkan Makan Malam Anda.
Suami pasti tersenyum lebar sepanjang malam tanpa henti. Huahuahua...

Selamat Mencuba

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top