RESEPI DAGING MASAK MERAH.

RESEPI DAGING MASAK MERAH.
Google Image
Mesti ramai yang dah pernah cuba daging masak merah nie kan? Kalau pergi ke restoran Thai daging masak merah nie selalu gak menjadi makanan yang laris di situ. Kali ini resepi nak berkongsi resepi daging masak merah pulak yer.

BAHAN-BAHANNYA.
1/2 kg atau sekilo pun boleh daging lembu (rebus sampai empuk kang kot ada yang tercabut gigi palsu. Hehehe...)
2 ulas bawang putih diketuk-ketuk
1 labu bawang besar dipotong secara bulat
1 sudu besar cili giling
Sos tiram
Sos ikan (kalau boleh cari yang dari Thailand punya, baru ada rasa pure masakan Thai nanti)
Sos tomato
Minyak.
Garam
Gula 

CARA-CARA MEMASAK DAGING MASAK MERAH. 
Terlebih dahulu goreng daging lembu tadi hingga kekuning-kuningan sedikit. Dah masak keluarkan dan letak tepi dulu.
Tumiskan bawang putih sampai naik baunya kemudian baru masukkan cili giling.
Dah nampak macam menarik dan naik baunya sedikit barulah masukkan segala sos iaitu sos tiram, sos tomato dan sos ikan.
Kemudian masukkan daging tadi dan bawang besar.
Kacau sehingga sebati dan kemudian masukkan garam dan gula mengikut tahap kemanisan dan kemasinan anda yer.
Kalau pekat sangat masukkan air sedikit tapi dengan syarat jangan lupa tambah sos tomato tau..nanti tawar beleseh lak rasanya.
Biarkan dan kacau sehingga masak daging anda.
Daging masak merah telah pun siap sedia untuk dihidangkan.
Kalau nampak macam kosong jer anda boleh design sendiri topping kat atasnya macam kat kedai tue.
Topping la macam letak daun ketumbar ke biar nampak menarik.
Kalau sedap anda bolehlah membuka kedai makan ala-ala Thai tue. Hehehe..

Selamat Mencuba.







Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top