RESEPI BISKUT OAT COKLAT.

RESEPI BISKUT OAT COKLAT.
Google Image

Kebiasaan kita dengar biskut coklat. Apa kata kita tambah oat supaya menjadikan ia lebih berkhasiat. Biskut oat coklat sudah tentu akan menjadi antara biskut yang popular. Selain berkhasiat ia juga akan menjadikan jantung kita sihat.

BAHAN-BAHANNYA:

3 cawan tepung gandum
6 sudu besar serbuk koko
6 cawan oat
1 1/4 cawan gula halus
1 1/2 cawan minyak sapi
1/2 buku mentega

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT OAT COKLAT.
Gaulkan tepung, gula, oat dan serbuk koko sehingga betul-betul sebati.
Cairkan dulu mentega dengan minyak sapi terlebih dahulu.
Campurkan minyak sapi dan mentega.
Setelah dicampurkan kacau sehingga semuanya sebati.
Bentukkannya mengikut citarasa dan sukahati anda lah samada nak bulat ke lonjong ke petak ke...
Masukkan ke dalam oven suhu 200' C selama 30 ke 40 minit.
Setelah betul-betul masak anda boleh keluarkannya dan biarkan sejuk.
Akhir sekali salutkannya dengan susu dan gula halus tadi.

Selamat Mencuba







Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top