RESEPI AIS KRIM BISKUT OREO.

RESEPI  AIS KRIM BISKUT OREO.
Google Image

Biskut  oreo memang banyak kegunaannya dalam resepi. Tak kira samada biskut, kek, puding dan macam-macam lagi. Ya..memang sedap dan menarik rasanya. Disini resepi ingin berkongsi cara-cara membuat ais krim biskut oreo..

BAHAN-BAHANNYA:
1 tin susu cair
Setengah cawan susu pekat
2 sudu besar ovallet
5 keping atau lebih biskut oreo terpulang pada anda - hancurkan
Coklat rise untuk topping

CARA-CARA MEMBUAT AIS KRIM OREO.
Membuat ais krim biskut oreo agak rumit dan memerlukan penelitian yer.
Anda haruslah fokus 500%.. Hehehe..
Kalau anda silap memang takkan jadi nyer ais krim biskut oreo nie.
Ok.. kita mulakan sekarang.
Pertama sekali anda ambil semua bahan di atas dan hancurkan. Tidak kisah samada anda nak menumbuknya ke atau apa-apa pun.
Disyorkan anda blender je lagi senang kan.
Tapi jangan blender coklat rise sekali sebab coklat nie nak letak atas ais krim tue. Kalau tak nak letak pun takpe..Hehehe..
Blender sehingga semuanya sebati dan nampak macam aiskrim tapi lum jadi aiskrim lagi sebab tak sejuk.
Dah blender dan sebati semuanya masukkan ke dalam peti sejuk.
Dah siap... Susah kan? Hehehehe...terlalu simple dan senang.
Ais krim biskut oreo anda telah pun siap.

Selamat Mencuba.









Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

2 comments:

  1. Saya akan cuba nanti :) tq for resipi...

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba. Manalah tau berjaya nanti boleh buka kedai. Hehehe...

    ReplyDelete

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top