RESEPI OREO CHEESE CAKE.

RESEPI OREO CHEESE CAKE.
Google Image

Resepi hari ini akan membawa anda semua mengenai biskut oreo dan cheese cake. Pelbagai jenis cheese cake ini telah dibuatkan resepi. Tetapi kali ini resepi akan membawa anda bagaimana cara-cara membuat oreo cheese cake.

BAHAN-BAHANNYA:
2 bungkus atau lebih biskut Oreo.
200 ml whipping cream
1/4 butter
1/2 cawan gula

CARA-CARA MEMBUAT OREO CHEESE CAKE.
Mula-mula sekali anda hendaklah keluarkan krim yang berada di dalam biskut oreo tue. Biskut oreo tue anda boleh hancurkan tetapi jangan terlalu hancur sangat yer.
Biskut oreo yang hancur nie digunakan untuk diletakkan pada base kek tue nanti.
Cairkan butter tersebut tak kisah la macam mana cara anda sekali pun. Kalau nak senang letakkan dalam mangkuk tahan panas dan letakkan di atas api, janji butter tue cair.
Setelah cair campurkan butter tersebut dengan oreo dan letakkan di dalam bekas. Gaul sehingga sebati tau.
Kemudian anda masukkan bekas tersebut ke dalam peti sejuk. Nie untuk bahagian bawah kek sahaja.
Ambil cream cheese, krim biskut oreo yang telah diasingkan tadi dan whipping cream dan gaulkan sehingga sebati.
Semasa menggaul masukkan gula halus beransur-ansur mengikut citarasa anda. Jangan terlebih manis nanti diabetes plak yer.
Ambil biskut oreo yang tinggal sebungkus tue tadi dan hancurkan sedikit dan masukkan ke dalam adunan tadi.
Setelah itu anda keluarkan aduan yang telah pun keras dari dalam peti sejuk tadi dan letakkan adunan yang baru di buat sebentar tadi ke atasnya.
Dah letak semuanya masukkan semula kek anda tadi ke dalam peti sejuk dan biarkannya beku.
Kalau nak rasa lebih lagi oreo bolehlah anda topping atas kek tue dengan oreo sekeping-sekeping. Sekadar hiasan pun ok gak..
Nah... siap dah oreo cheese cake anda. Memang nyaman rasanya.. Hehehe..

Selamat Mencuba.







Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top