RESEPI CUPCAKE VANILLA.

RESEPI CUPCAKE VANILLA.
Google Image

Cupcake atau kek cawan memang sedap. Pelbagai jenis cupcake sekarang nie dah dan bermacam-macam rasa cupcake seperti cupcake coklat, cupcake vanilla dan macam-macam lagi.. Ramai juga yang pandai mengolah untuk dijadikan lebih menarik dan mempunyai pelbagai citarasa cupcake ini.
Hari ini resepi akan membawa anda resepi cupcake vanilla.

BAHAN-BAHANNYA:
15 gm mentega  
200g Gula Halus
200g Tepung Gandum yang telah di ayak
2 sudu kecil Serbuk Penaik
1/2 cawan Susu Segar
2 Biji Telur
2 sudu kecil Esen Vanilla

CARA-CARA MEMBUAT CUPCAKE VANILLA:
Mentega dan gula dipukul sehingga sebati dan kembang.
Masukkan telur dan pukul hingga sebati juga.
Kemudian masukkan esin vanilla.
Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik secara sedikit demi sedikit. Jangan lambakkan terus yer..
Gaulkan dan pukulkan semuanya hingga sebati dan cukup sekata.
Kemudian masukkan susu segar ke dalam adunan tadi dan teruskan mengacau.
Akhir sekali masukkannya ke dalam cup kertas anda.
Jenis-jenis cup kertas nie terpulang lah kepada anda nak yang cantik colourful ke atau warna hitam je ke.
Dah masukkan ke dalam cup tadi bolehlah anda membakar di dalam oven suhu 160 - 200 celcius.
Biarkan sehingga adunan tadi naik dan betul-betul masak.
Jangan dah hangus baru nak keluarkan dari oven yer. Hehehe...
Dah masak keluarkan dan sejukkan.
Cupcake Vanilla anda telah pun siap dan sedia untuk di hidangkan.

Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top