RESEPI BISKUT KACANG HAZEL BERKEJU CEDDAR.

RESEPI BISKUT KACANG HAZEL BERKEJU CEDDAR
Google Image

Biskut kacang hazel berkeju ceddar juga merupakan antara biskut yang menjadi kegemaran termasuklah admin sendiri. Hari ini resepi ingin berkongsi resepi biskut kacang hazel berkeju ceddar ini.

BAHAN-BAHANNYA.

350 gm tepung gandum
220 gm mentega
125 gm gula
50 gm keju ceddar
125 gm kacang hazel yang telah dikisar terlebih dahulu
70 gm telur
Sedikit serbuk kayu manis  5 gm sahaja

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT KACANG HAZEL BERKEJU CEDDAR.
Seperti biasa pukul telur dan mentega sehingga kembang.
Kemudian masukkan telur beansur-ansur sambil pukul sehingga sebati.
Masukkan keju ceddar dan gaulkan hingga sebati.
Kemudian masukkan kacang hazel, serbuk kayu manis dan tepung dan gaulkannya hingga sebati.
Bentuk adunan tadi mengikut citarasa samada bulat ataupun memanjang terpulang kepada anda.
Simpan adunan anda tadi ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
Setel;ah dikeluarkan topping atasnya dengan keju ceddar.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 150 - 170 Celcius lebih kurang 15 - 20 minit sehingga benar-benar masak.
Biskut kacang hazel berkeju ceddar anda telah pun siap.

Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top