BISKUT SEMPERIT CHOC RICE.

RESEPI BISKUT SEMPERIT CHOC RICE.
Resepi, BISKUT SEMPERIT CHOC RICE.
BISKUT SEMPERIT CHOC RICE.
Assalamualaikum semua. Kebiasaan kita mendengar biskut semperit sahaja tetapi kali ini resepi menyediakan satu resepi yang sedap dan lazat iaitu biskut semperit choc rice. Biskut semperit ini dicampur dengan choc rice akan menambahkan lagi kesedapannya sehingga menjilat jari jemari anda.

BAHAN-BAHANNYA : 
 

130 gm Mentega 
45 gm Gula Aising
135 gm Tepung Kentang
15 gm Susu Tepung
60 gm Tepung Gandum 
30 gm Tepung Jagung



CARA-CARA MEMBUAT SEMPERIT CHOC RICE.   

Ambil mentega dan pukul sehingga adunan menjadi gebu dan cantik. 
Ambil pula kesemua bahan-bahan yang lain di atas dan campurkan kesemuanya.
Adun semua bahan-bahan tadi hingga sebati dan menjadi doh. 
Kemudian anda boleh membentuk adunan anda tadi menggunakan acuan semperit. 
Selepas itu anda bakar adunan tersebut di dalam ketuhar bersuhu 160 'C selama 25 minit.
Siap sudah hidangan biskut semperit choc rice anda.

Hidangan ini akan menambahkan lagi keriangan di hati para tetamu anda.

KEK KOKO WALNUT.


KEK KOKO WALNUT.
Reaepi, KEK KOKO WALNUT.
KEK KOKO WALNUT
Assalamualaikum semua. Hari ini kita akan cuba membuat kek koko walnut. Resepi ini telah diberikan oleh rakan setugas saya iaitu Atul. Saya telah mencubanya dan mendapati rasanya memang marbeles dan mantap. Justeru saya ingin dengan anda semua resepi kek koko walnut ini.

BAHAN-BAHANNYA.
 

260 gm mentega
800 gm gula
270 ml madu
375 ml telur
180 ml krim UHT
180 gm serbuk koko
380 gm tepung gandum
600 gm walnut


CARA-CARA MEMBUAT KEK KOKO WALNUT.
 

Pertama sekali ambil mentega dan campurkan dengan gula dan pukulkannya sehingga sebati.
Kemudian masukkan telur secara beransur-ansur dan pukul sekali lagi sehingga kembang.
Kemudian masukkan madu, krim UHT dan pukul sekali lagi selama 5 minit tanpa henti.

Memang banyak sekali acara pukul memukul untuk kek nie yer..
Selepas itu masukkan tepung gandum, serbuk koko dan walnut.
Akhir sekali tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 Celcius selama 60 minit.
Hidangan kek koko walnut anda telah pun siap.

Para tetamu yang hadir pasti akan tersenyum lebar dan riang gumbira menikmati hidangan kek koko walnut anda.

Selamat Mencuba.

AYAM MASAK HALIA SEDAP DAN LAZAT.

RESEPI AYAM MASAK HALIA.
Resepi, AYAM MASAK HALIA SEDAP DAN LAZAT.
RESEPI AYAM MASAK HALIA.
Resepi ayam masak halia memang amat jarang kita temui. Bermacam-macam jenis lauk pauk yang berkaitan dengan ayam. Bagi admin ayam masak halia nie memang menjadi salah satu kegemaran admin. kalau pergi ke seafood masakan Thai ini adalah salah satu menu kegemaran admin.

Bahan-bahannya juga amat senang dan mudah dibuat.


BAHAN-BAHANNYA

1/2 ekor ayam potong ikut suka
1 batang leek. Dikerat pendek dan rendam
2 inci halia, mayang halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji bawan besar, hiris bulat dan leraikan
2 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap cair
2 cawan air
Daun bawang, untuk hiasan


CARA MEMBUAT AYAM MASAK HALIA.

Terlebih dahulu ayam dicuci bersih dan toskan. Gaul ayam tadi bersama kicap cair dan halia yang dimayang halus hingga rata. 
Kemudian perapkan ayam tadi 1 jam di dalam peti sejuk.
Kemudian panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau harumnya, masukkan ayam yang diperap, kacau dan masak hingga ayam air ayam kering. 

Kemudian tuang sos tiram dan digaul rata.
Kemudian masukkan air, kacau dan biarkan mendidih.

Selepas itu masak dengan api kecil hingga ayam menjadi  empuk. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan leek (toskan).
Selepas itu kacau dan masak hingga pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin anda boleh tambah garam atau kicap cair. 

Masak sekejap dan setelah masak baru boleh matikan api.
Akhir sekali anda boleh tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
Ayam masak halia anda telah pun siap untuk hidangan bersama keluarga anda.


SUMBER

SAMBAL SOTONG KERING.

RESEPI SAMBAL SOTONG KERING.
Resepi, SAMBAL SOTONG KERING.
SAMBAL SOTONG KERING.
Ada sesiapa yang tak pernah makan sotong kering? Sotong kering tue yang boleh makan tue yer bukannya sotong kering yang bergantungan di hanger tue.. Hehehe..

Hari ini kita cuba menggoreng pula. Menunya ialah sambal sotong kering.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT SAMBAL SOTONG KERING :
 

500 gm sotong kering
Air asam jawa
 

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR :
 

300 gm cili kering
4 biji bawang merah
 ulas bawang putih
5 cm halia
20 gm belacan
 

CARA-CARA MEMBUAT SAMBAL SOTONG KERING :
 

Tumiskan dahulu cili kering dan bawang yang telah dikisar.
Kemudian masukkan belacan dan air asam jawa
Setelah naik baunya masukkan pula sotong dan biarkan sehingga masak
Kemudian akhir sekali masukkan garam mengikut tahap kemasinan anda sendiri.
Kalau nak lagi sedap anda boleh tambahkan serbuk perasa
Setelah sotong sudah menjadi lembut dan masak sepenuhnya bolehlah anda hidangkan sambal sotong kering anda.

Sambal sotong kering anda telah pun siap untuk sajian juadah berbuka puasa anda petang ini.
Ditambah pula dengan ikan kembung goreng bersama sambal sotong kering anda pergghh memang selera.
Kalau nak lagi power, kena pulak dengan ulam petai mesti terangkat punya laa...

Selamat Mencuba Sambal Sotong Kering.

DAGING MASAK LADA HITAM.

RESEPI DAGING MASAK LADA HITAM.
Resepi, DAGING MASAK LADA HITAM.
RESEPI DAGING MASAK LADA HITAM

Assalamualaikum semua. Apa kata kita mencuba pula resepi daging. Pelbagai resepi boleh dibuat dengan nie yer. Ada yang menggemari masak lemak cili api, masak kicap, kari dan sebagainya. Hari ini admin ingin memberi kepada anda semua resepi daging masak lada hitam.

Boleh la mencubanya untuk dibuat juadah berbuka nanti yer.

BAHAN-BAHANNYA.
500 g daging yang telah direbus dgn sedikit garam dan dihiris nipis2
4 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos masam manis
1 sudu teh sos lada hitam - optional
1 sudu besar kicap pekat
1 labu bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)
1 sudu besar tepung jagung telah dibancuh dgn sedikit air
5 biji cili api (dititik)

Sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris halus-halus)
Garam
Gula
  

CARA-CARA MEMASAK DAGING MASAK LADA HITAM.
 

Terlebih dahulu perapkan daging anda dengan kicap pekat yang dicampur dengan separuh lada hitam selama 10 minit.
Goreng daging hingga separuh garing di dalam kuali yang panas. Setelah garing keluarkan dan ketepikan.
Tumis bawang putih hingga naik baunya dan berwarna perang.

Kemudian masukkan daging, separuh lagi lada hitam dan kicap pekat dan kacau sehingga serata dan sebati.
Kemudian masukkan sos tiram, sos lada hitam, sos masam manis, bawang besar, cili api dan cili merah.
Kacaukan semua bahan-bahan tersebut sekali lagi.
Selepas itu masukkan pulan bancuhan tepung jagung, daun sup dan daun bawang.
Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut kesesuaian anda. Tetapi sebelum itu jika masakan ini sudah cukup masin dan manis tak perlulah anda masukkan garam dan gula lagi.
Setelah itu kacau hingga sebati dan tunggu sehingga benar-benar masak.
Daging masak lada hitam anda telah pun siap dan sedia untuk dihidangkan untuk juadah berbuka.

Daging masak lada hitam ini juga selalunya ada juga dibuat semasa kenduri ataupun majlis-majlis seperti doa kesyukuran, tahlil dan banyak lagi.

Selamat Mencuba Masakan Daging Masak Lada Hitam.

SIAKAP TIGA RASA ALA THAI

Resepi, SIAKAP TIGA RASA ALA THAI
Siakap Tiga Rasa
Siakap tiga rasa salah satu menu yang popular di mana-mana restoran seafood. Sememangnya ikan ini harganya mahal apatah lagi setelah dimasak tiga rasa. Banyak juga jenis masakan boleh dibuat dengan ikan siakap ini. 

Penulis memang amat-amat menggemari ikan siakap masak tiga rasa ini. kena pulak rasanya ala-ala Thai memang sedap dan lazat. Penulis ingin berkongsi dengan pembaca semua dengan resepi ikan siakap tiga rasa ini. Mungkin anda semua boleh berbuka dengan resepi siakap tiga rasa ini.

BAHAN-BAHANNYA:

BAHAN-BAHAN 1:
1 ekor ikan siakap
50 gm cili kering  *
3 biji bawang besar  *
2 ulas bawang putih  *
2 cm halia  *
2 sudu sos tomato
 

Semua bahan bertanda * hendaklah dikisar terlebih dahulu.
 

BAHAN 2:
2 biji tomato
2 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 helai daun limau
Nenas dipotong dadu
Garam
Semua bahan-bahan di atas hendaklah dihiris-hiris nipis kecuali garam. Takkan garam pun nak hiris-hiris kan? Hehe...
 

CARA-CARA MEMBUATNYA:
 

Terlebih dahulu anda gorengkan siakap anda hingga garing.
 

Setelah garing angkat dan letak tepi dahulu.
 

Selepas itu masukkan semua bahan-bahan 1 tadi dan tumiskan.
 

Pastikan kuahnya pekat dan mantap.
 

Kemudian masukkan semua bahan-bahan 2 tadi.
 

Garam dimasukkan mengikut kesesuaian dan tahap citarasa anda.
 

Setelah masukkan kacau dan gaul semuanya di dalam kuali tersebut hingga sebati dan rata.
 

Setelah benar-benar masak dan naik baunya anda boleh mengangkatnya dan mencurahkan ke atas siakap anda tadi.
 

Siap pun siakap tiga rasa anda. 



Boleh lah mencuba untuk membuat juadah berbuka petang nanti yer...

Selamat Mencuba.

RESEPI BUTTERSCOTCH CHIP COOKIES.

RESEPI BUTTERSCOTCH CHIP COOKIES.
Resepi, BUTTERSCOTCH CHIP COOKIES.
Google Image
Terbaru saya telah menjumpai satu resepi butterscotch chip cookies. Memang sangat sedap dan rangup biskut ini. Semasa membakarnya pun dah terbau kenikmatan dan kesedapannya. Resepi ingin berkongsi dengan anda semua resepi butterscotch chip cookies ini.

BAHAN-BAHANNYA TERBAHAGI KEPADA 3:

BAHAN A:

250 gm mentega
70 gm gula kastor
80 gm gula perang
1 biji telur

BAHAN B:

50 gm badam kasar
50 gm oat yang telah dipanggang sedikit
250 gm chips butterscotch

BAHAN C:

300 gmtepung gandum
15 gm serbuk koko
50 gm susu tepung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

CARA-CARA MEMBUATNYA:

Terlebih dahulu pukul semua bahan-bahan A sehingga sebati dan kembang dengan menggunakan mixer.
Setelah sebati masukkan dan campurkan pula bahan C ke dalamnya.
Gaulkan semuanya hingga sekata.
Setelah semuanya sekata masukkan pula bahan B.
Gaulkan sekali lagi hingga semuanya sebati dan sekata.
Setelah semuanya sebati buatlah bentuk mengikut kesukaan anda.
Paling senang buat bentuk bulat ajer kan?
Akhir sekali setelah dibentuk masukkan ke dalam oven 170 C selama 25 - 30 minit.

Selamat Mencuba


SUMBER


Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top