Showing posts with label RESEPI KUEY TEOW GORENG. Show all posts
Showing posts with label RESEPI KUEY TEOW GORENG. Show all posts

RESEPI KUEY TEOW GORENG.

Kuey teow goreng juga merupakan makanan kegemaran ramai orang termasuklah admin sendiri. Berbagai-bagai jenis kuey teow goreng ada yang basah dan ada juga yang jenis kering.

BAHAN-BAHAN.

  • 2 ulas bawang putih
  • 300 gm udang terpulang kepada anda samada kecil sederhana ataupun besar
  • 500 gm kuey teow 
  • 4 biji telur
  • 200 gm taugeh
  • 75 gm daun kucai
  • Garam mengikut sukatan citarasa anda
  • 1/4 sudu lada hitam dikisar terlebih dahulu
BAHAN-BAHAN PES CILI
  • 8 tangkai cili kering
  • Sedikit belacan
BAHAN-BAHAN SOS
  • 1 sudu kicap hitam
  • 1 sudu kicap cair
  • Gula
  • Air
CARA-CARA MEMBUAT KUEY TEOW GORENG
  • Kisar cili dan belacan dan masukkan ke dalam kuali berisi minyak masak dan tumis sehingga pecah minyak. Ini adalah untuk membuat pes cili. Setelah pecah minyak keluarkan pes cili tersebut.
  • Tumis bawang putih hingga naik baunya dan selepas itu masukkan pes cili tadi bersama udang. Masakkannya sehingga udang tersebut melecur.
  • Kemudian masukkan kuey teow dan sos dan gorengkannya.
  • Kemudian kosongkan bahan-bahan tadi di tengah kuali masukkan setitis sudu minyak. Pecahkan telur di dalamnya. Kacau telur tadi bersama-sama kuey teow tadi.
  • Masukkan taugeh, kucai, lada hitam garam mengikut citarasa anda. Gorengkan semuanya sehingga betul-betul masak.
Selesai dan sedia untuk dihidangkan.

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top