RESEPI MEE BANDUNG

RESEPI MEE BANDUNG
Google Image

Assalamualaikum semua. Mee bandung memang amat popular di Johor. Saya pun merasai kelazatan mee bandung ni ketika di pekan Labis. Pergi jer kat perhentian bas Labis memang disitu pure punya mee bandung. Kuahnya memang pekat dan sedap. Tapi tak tau la sekarang ada lagi ke tidak kedai makcik tue. Apa pun apa kata kita mencuba pula membuat mee bandung di rumah pula.

Bahan-Bahan Utama:

Mee kuning
Daging dipotong kecil-kecil
Udang yang telah dibuang kulit
Sawi dipotong pendek
Kacang tanah yang telah ditumbuk
Serbuk biskut
Udang geragau ditumbuk terlebih dahulu
Telur
Garam
Gula
Ajinomoto
Minyak masak

Bahan-Bahan Yang Diblender:

Lada kering (direbus dahulu)
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Cara Membuatnya:

Tumiskan udang geragau yang ditumbuk tadi di dalam minyak yang panas
Kemudian, masukkan bahan yang diblend tadi sehingga garing
Kemudian, masukkan pula daging, garam, gula dan ajinomoto serta kacang tanah yang diblend tadi dan kacau sehingga semuanya sebati.
Masukkan air dan tunggu sehingga kuah menggelegak.
Setelah kuah menggelegak, masukkan telur sebiji demi sebiji.
Kemudian masukkan sayur
Akhir sekali masukkan serbuk biskut untuk memekatkan kuah bandung anda
Setelah semuanya masak dan sayur pun nampak layu boleh lah diangkat dan dihidangkan
Mee bandung anda telah pun siap.

Selamat Mencuba

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top