RESEPI DONUT GEBU, LEMBUT DAN SEDAP.

RESEPI DONUT GEBU, LEMBUT DAN SEDAP.
Resepi, Resepi Kuih, RESEPI DONUT GEBU, LEMBUT DAN SEDAP.
Google Image
Kuih donut walaupun nampak mudah untuk membuatnya tetapi ia juga memerlukan kepakaran untuk menjadikannya gebu dan sedap. Ramai yang tahu membuatnya tetapi tetap masih berlainan rasa donut. Kadang-kadang donut nampak cantik tetapi apabila kita rasa ianya adalah keras dan tidak gebu. Kalau dah tak gebu dah tentulah rasanya pun tak sedap kan?

Apa kata kita cuba membuat donut yang sedap dan gebu dengan resepi di bawah ini.

Bahan-Bahannya :

500gram tepung gandum @ tepung high Protein.
2 sudu majerin
1 sudu teh garam
3 sudu susu tepung @ susu pekat 100ml
3 sudu gula pasir.
11 gram mauripan
sedikit air sejuk dari peti sejuk (digunakan jika adunan anda tidak lembut)

Cara-Cara Membuatnya :

Masukkan mauripan ke dalam air suam.
Biarkan seketika untuk mengembangkannya.
Masukkan tepung dan biarkan kosong seperti di tengahnya.
Tengah tepung tadi masukkan pula susu, gula dan marjerin.
Kacau semuanya hingga sebati.
Masukkan pula mauripan ke dalam adunan anda tadi dan uli sehingga menjadi doh.
Kemudian masukkan garam yang larut.
Uli adunan sehingga menjadi betul-betul lembut. Jika kurang lembut masukkan air sejuk peti ais.
Gelekkan adunan tadi sehingga rata dan sesudah rata masukkan ke dalam acuan anda.
Selepas itu biarkan lebih kurang 5 - 7 minit sehingga donut anda betul-betul kembang
Setelah benar-benar kembang masukkan donut anda tadi ke dalam kuali yang telah dipanaskan dengan minyak yang banyak.
Pastikan anda menggoreng donut anda itu  tenggelam apabila dimasukkan ke dalam kuali.
Cuba gunakan api yang kecil, jika api besar akan menyebabkan donut anda masak di luar sahaja.
Goreng donut nie memang mengambil masa yang agak lama yer.
Setelah anda yakin donut anda benar-benar masak luar dan dalam, anda boleh keluarkan untuk hidangan seisi keluarga.

Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top