RESEPI AYAM GORENG REMPAH.

RESEPI AYAM GORENG REMPAH.
RESEPI, RESEPI AYAM, RESEPI AYAM GORENG REMPAH
Google Image
Ayam goreng rempah memang begitu mudah dan amat senang disediakan. Apatah lagi bahan-bahannya simple dan mudah didapati. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara membuat ayam goreng rempah.

Bahan-Bahannya:

1 ekor ayam yang dipotong kecil-kecil
1 sudu teh jintan manis *
1 sudu teh jintan putih *
1 sudu teh lada hitam *
1 sudu teh ketumbar *
Halia *
2 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
2 sudu makan kicap pekat
Garam

Semua bahan bertanda * hendaklah dikisar terlebih dahulu

Cara-Cara Membuat Ayam Goreng Rempah:

Gaulkan ayam tadi dengan semua bahan-bahan yang telah dikisar sehingga sama rata.
Perapkannya dan biarkan selama 1 jam.
Kemudian anda boleh menggorengkan ayam yang telah diperap tadi sehingga garing.
Ayam goreng rempah anda telah pun siap untuk hidangan anda sekeluarga.

Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top