RESEPI AYAM GORENG KUNYIT.

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT.
Resepi, RESEPI AYAM GORENG KUNYIT.
Google Image
Resepi ayam goreng kunyit mungkin ramai yang sudah merasainya. Resepi nie memang salah satu kegemaran ramai orang jugak nie. Lagipun bahan-bahan untuk membuatnya pun agak senang dan mudah untuk membuatnya. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara membuat ayam goreng kunyit.

Bahan-Bahannya:

1 ekor ayam yang dipotong kecil-kecil
1 st serbuk kunyit
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 tangkai kacang panjang
3 biji cili api
2 biji cili merah
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-Cara Membuat Ayam Goreng Kunyit:

Terlebih dahulu anda gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
Setelah itu gorengkan ayam tersebut hingga garing.
Sementara itu masukkan bawang putih, bawang merah, cili api, cili merah dan kacang panjang ke dalam kuali yang berasingan yang telah dipanaskan minyaknya.
Tumiskan semua bahan-bahan tersebut.
Setelah naik baunya dan kacang panjang anda telah pun empuk barulah masukkan ayam anda tadi.
Kemudian masukkan garam mengikut sukatan anda.
Akhir sekali masukkan bawang besar dan biarkan seketika sehingga semuanya masak.
Ayam goreng kunyit anda telahpun siap untuk hidangan.

Selamat Mencuba.

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top