RESEPI SPAGETI BOLOGNAISE.

RESEPI SPAGETI BOLOGNAISE.
Google Image

Admin hari nie terfikir plak nak cuba buat spageti bolognaise. Spageti bolognaise nie pun best jugak kalau kita makan. Dulu orang tak berapa tahu sangat pasal spageti bolognaise nie, tapi bila dah ramai cuba rasanya mmm..... best jugak kan spageti nie. Mari kita cuba buatnya dengan resepinya di bawah ini.

BAHAN-BAHANNYA : 
1 paket @ 250 gm spagetti 
200 gm daging cincang 
175 gm tomato puri 
100 gm sos tomato 
2 ulas bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji tomato dipotong mengikut suka anda
1/2 batang lobak merah dipotong nipis
10 gm cendawan butang dipotong dicincang halus
Garam 
Gula 
Air

* Rebuskan dahulu spageti dalam periuk dan tambah sedikit garam. Biarkan sehingga lembut keluarkan dan toskan.

CARA-CARA MEMBUAT SPAGETI BOLOGNAISE.
Tumiskan bawang besar dan putih hingga layu dan naik baunya.
Masukkan sos tomato, sos tomato puri dan daging. Tambahkan sedikit air dan gaul sehingga sebati dan rata.
Kemudian masukkan lobak merah, cendawan dan lobak merah.
Akhir sekali masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
Spageti bolognaise telah pun siap untuk hidangan sekeluarga.

Selamat Mencuba

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top