RESEPI KEK COKLAT KUKUS SEDAP.

RESEPI KEK COKLAT KUKUS SEDAP.
Google Image

Kek coklat sememangnya menjadi kegemaran anak-anak termasuk juga golongan dewasa. Kek yang disaluti coklat apatah lagi jenis kek coklat kukus memang lah menjadi tarikan ramai orang dan sedap. Di bawah ini resepi kek coklat kukus sedap:

Bahan-bahan untuk membuat kek:
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur

Cara-cara membuat kek kukus coklat sedap:
Masuk dan campurkan gula pasir, serbuk koko, minyak masak, susu cair dan susu manis ke dalam periuk. Masakkannya sehingga semua bahan tadi sebati dan masak rata.
Sebelum itu ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
Kemudian pukul telur sampai kembang dan campurkan dengan adunan koko. Gaul rata dan campurkan semua adunan tepung.
Selepas itu gaulkan semua bahan tadi hingga sebati dan tuangkan ke dalam acuan.
Anda harus menutup acuan tadi dengan aluminium foil.
Aluminium foil digunakan supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.
Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping ke atas kek nanti.

Bahan-bahan untuk membuat topping.
150 g thickened/whipping cream
150 g coklat masakan
15 g butter

Cara-cara
Campurkan coklat masakan dan thickened cream dalam satu bekas. Panaskan sehingga coklat masakan menjadi cair dengan menggunakan kaedah double boiling.
Kacau sehingga sebati dan kemudian tambahkan butter.
Biarkan campuran sejuk seketika. Bila campuran telah suam, curah coklat ganache ke atas kek.
Curahkan secara perlahan-lahan agar semua coklat tadi rata di atasnya.


SUMBER

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top