Google Image
Kali ini resepi ingin berkongsi satu resepi iaitu nasi goreng udang. Biasanya kita di rumah hanya membuat nasi goreng biasa ataupun nasi goreng pattaya. Apa kata kita mencuba pula resepi ini iaitu nasi goreng udang.
BAHAN-BAHANNYA.
10 gm bawang putih dicincang terlebih dahulu
20 gm udang
10 gm daun bawang dihiris-hiris
5 gm minyak jagung
1 gm lada sulah
2 biji telur - 1 biji untuk dipukul menyalut udang dan 1 biji lagi untuk di goreng
2 gm soo hoon
30 gm tepung gandum
10 gm sayur campur
Timun
Tomato
Minyak masak
Garam
CARA-CARA MEMBUATNYA.
Goreng udang tersebut sehingga kekuningan dan garing.
1 biji telur lagi di goreng di atas kuali dan buatnya seperti dadar setelah masak asingkan ketepi.
Tumis bawang putih dengan minyak jagung sehingga naik bau wanginya.
Masukkan sayur campur dan nasi kacau hingga sekata.
Masukkan garam mengikut citarasa anda.
Kemudian masukkan nasi di atas telur dadar tadi.
Gulungkan telur dadar tadi yang telah diisi dengan nasi dan potong-potong secara bulat.
Letakkan nasi yang telah digulung tadi bersama udang.
Tomato, timun, daun bawang dan timun bolehlah dijadikan hiasan.
Hidangan nasi goreng udang telah sedia untuk hidangan sekeluarga.
Selamat Mencuba.
0 comments:
Post a Comment