BISKUT KACANG HAZEL BERCOKLAT.

BISKUT KACANG HAZEL BERCOKLAT.

Menjelang Aidilfitri nanti mesti ramai orang sibuk membuat pelbagai jenis biskut hari raya. Resepi ingin berkongsi satu resepi biskut disini iaitu resepi biskut kacang hazel bercoklat.

BAHAN-BAHANNYA.
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan kacang sapuan coklat hazel
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu baking soda
  • 1/3 sudu teh garam
  • 1/2 cawan gula kastor
  • Sebiji telur
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan kacang hazel
CARA-CARA MEMBUATNYA.
  • Campurkan gula kastor, gula merah, mentega dan sapuan coklat hazel dalam mangkuk pengadun. Pukul sehingga sebati selama empat minit.
  • Masukkan telur dan esen vanila sebelum dipukul lagi sehingga sebati.
  • Tepung gandum, baking soda, serbuk penaik dan garam digaul menggunakan teknik mengaut dengan spatula.
  • Masukkan kacang hazel yang sudah dipecahkan.
  • Letakkan kertas baking pada dulang pembakar. 
  • Gunakan sudu dan letak adunan ke atas dulang mengikut saiz yang disukai.
  • Bakar 10 minit pada suhu 180 darjah celsius.
  • Biskut kacang hazel bercoklat telah sedia untuk dihidangkan
Selamat Mencuba

Artikel dari SUMBER

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top