RESEPI KEK CAWAN MOCHA CAPPUCINO.

RESEPI KEK CAWAN MOCHA CAPPUCINO.
Google Image
Apa kita cuba membuat kek cawan mocha cappucino pulak. Asyik kena kopi cappucino je kan? Kali ini resepi ingin berkongsi dengan anda resepi kek cawan mocha cappucino pula yer..

BAHAN-BAHANNYA:
250gm mentega 
250gm tepung naik sendiri 
250gm gula kastor 
6 biji telur 
1 sudu teh serbuk penaik 
1 sudu teh mocha emulco 
Sedikit pewarna coklat

CARA-CARA MEMBUAT KEK CAWAN MOCHA CAPPUCINO:
Campurkan mentega dan gula dan pukul hingga kembang dan halus.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga kembang dan gebu 
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
Selepas itu masukkan mocha emulco dan cappuccino emulco.
Pukul hingga sebati. 

Tuangkan adunan ke dalam bekas cawan yang telah disediakan 
Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160c selama 15-20 minit 
Biarkan hingga sejuk
Setelah sejuk anda boleh hidangkannya.
Kek cawan mocha cappucino ini amat senang dan mudah untuk dibuat. 



SUMBER:

 


Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top