Google Image
Resepi Biscotti Coklat Berkacang adalah resepi kita terbaru pada kali ini. Maksud biscotti sebenarnya ialah sejenis biskut kegemaran orang Itali.Kita akan membuat resepi biskut biscotti yang ditambah dengan coklat dan berkacang.BAHAN-BAHANNYA:
125 gm gula kastor
2 biji telur
270 gm tepung serbaguna
30 gm serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
Sedikit garam halus
90 gm badam cincang
Sedikit esen vanilla
Badam untuk dijadikan hiasan
CARA-CARA MEMBUAT BISCOTTI COKLAT BERKACANG:
Kemudian masukkan telur, esen vanilla, tepung, serbuk koko, serbuk penaik, sedikit garam dan badam.
Selepas itu uli hingga menjadi doh.
Setelah diuli jadikkannya bentuk memanjang dan bahagi kepada 2 bahagian.
Kemudian bakar selama 30 minit hingga warna kuning keemasan.
Keluarkan dan sejukkan.
Setelah sejuk potong setebal 2 cm dan susun di atas dulang pembakar semula.
Masukkan sekali lagi ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180 C selama 8 hingga 12 minit.
Biarkan sehingga berwarna kuning keemasan.
Biscotti coklat berkacang anda telah pun siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.
0 comments:
Post a Comment