Sos Steamboat |
Ramuan-ramuannya ;
1) 6 biji cili merah (cili besar)
2) 3 sudu besar sos ikan.
3) 3 sudu besar minyak bijan.
4) 2 ulas bawang putih.
5) 1/4 cawan cuka.
6) 1/3 cawan air.
7) Setengah sudu kacang tanah.
8) Biji bijan
9) Daun ketumbar yang telah dipotong halus-halus.
CARA-CARA MEMBUAT SOS STEAMBOAT.
Masukkan cili merah, bawang putih, sos ikan, minyak bijan, cuka, air, garam, gula dan kacang tanah ke dalam blender atau alat pengisar. Kisar semuanya hingga sebati. Selepas itu masak segala ramuan tersebut yang telah dikisar sehingga ianya menjadi pekat.
Setelah sos itu dimasakkan dan menjadi pekat anda bolehlah sejukkannya. Apabila anda ingin menghidangkannya boleh lah tabur daun ketumbar di atasnya. Siaplah sudah Sos Steamboat anda.
0 comments:
Post a Comment