RESEPI KEK MENTEGA KURMA SEDAP.

RESEPI KEK MENTEGA KURMA SEDAP.
Resepi, Resepi Kek,

Sememangnya kita selalu mendengar kek butter atau kek mentega. Kali ini kita akan cuba membuat kek butter dengan kurma yang sedap. Kurma sememangnya adalah makanan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Lagipun pelbagai khasiat dan kaya dengan bermacam-macam vitamin dan serat.

Sila baca resepi di bawah ini.

Bahan-Bahannya:

250gm mentega

250gm gula castor (gula halus)
250gm tepung gandum 
1 sudu serbuk penaik
4 biji telur 
4 senduk besar susu cair
1 1/2 sudu esen vanilla
Buah kurma yang telah dibuang bijinya

Cara-Cara Membuatnya:

Pertama sekali ambil butter dan campurkan dengan gula.
Pukul sehingga kembang.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
Selepas itu masukkan pula esen vanilla.
Kemudian anda masukkan pula serbuk penaik, tepung gandum dan susu cair.
Pukul kesemua bahan tersebut sehingga sebati dan sekata.
Seterusnya masukkan semua bahan tersebut ke dalam loyang.
Pastikan anda sapukan loyang dengan mentega sebelum memasukkan bahan-bahan di atas.
Dan akhir sekali bolehlah anda toping di atasnya dengan buah kurma.
Masukkan ke dalam oven temp. 180 C.
Bakar selama 40 hingga 50 minit @ sehingga benar-benar masak.
Kek butter kurma anda telahpun siap untuk hidangan seisi keluarga.

Selamat Mencuba.


Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top