RESEPI MUFFIN COKLAT MENTEGA.

RESEPI MUFFIN COKLAT MENTEGA.
Google Image
Pelbagai jenis-jenis muffin yang ada sekarang. Terpulanglah kepada anda inginkan jenis muffin yang macam mana rupa, bentuk dan rasanya. Muffin coklat mentega juga tidak ketinggalan dengan rasanya yang sedap. Hari ini resepi akan berkongsi tentang resepi muffin coklat mentega.

BAHAN-BAHANNYA:
2 cwn tepung gandum 
3 sk baking powder 
1/4 cwn gula 
2 biji telur 
2 sk esen vanilla 
1 cwn susu segar 
50 gm mentega cairkannya terlebih dahulu.
1/2 cwn coklat masakan juga dicairkan

CARA-CARA MEMBUAT MUFFIN COKLAT MENTEGA.
Ambil tepung dan serbuk penaik dan ayakkannya.
Masukkan gula di tengah-tengah tepung dan serbuk penaik.
Asingkan bahan-bahan ini dahulu.
Kemudian pukul telur dan esen vanilla, susu segar dan mentega cair.
Kemudian masukkannya ke dalam yang berisi serbuk penaik, tepung dan gula tadi dan gaul hingga sebati. 
Jangan terlampau campurkan sangat yer.
Kemudian masukkan coklat cair ke dalam adunan tadi dan gaul secara perlahan-lahan bak dipupuk sang bayu.
Jika terdpat tepung berketul2 tidak rata biarkan. Jika kita terlebih2 sebatikan adunan, nanti adunan akan keras.
Bakar pada suhu 190 C selama 15-20 minit atau hingga muffin masak.
Sentiasa pantau muffin anda di dalam oven takut-takut dan rentung baru nak keluarkan.
Hidangan muffin coklat mentega anda telah pun siap dibina. 




 





Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top