Google Image
Muffin memang sedap dan amat digemari oleh kanak-kanak. Apatah lagi muffin dicampurkan dengan coklat. Banyak resepi di buat menggunakan muffin ini. Kali ini resepi ingin berkongsi resepi muffin coklat chip.
BAHAN-BAHANNYA:
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1 cawan fresh milk
1 biji telur - pukul sikit
1/3 cawam minyak atau butter yang dicairkan
1 sudu kecil esen vanila
Choc chips mengikut sukatan anda nak banyak ke sikit
CARA-CARA MEMBUAT MUFFIN COKLAT CHIP:
Ayak dan ketepikan dahulu.
Gaulkan semuanya dengan gula.
Dalam bekas lain pula anda campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak.
Kacau sehingga sebati dan rata.
Kemudian masukkan campuran tepung tadi, kacau rata.
Masukkan choc chips.
Masukkan ke dalam muffin cup dan taburkan sedikit coklat cip di atasnya.
Bakar selama 20 minit atau hingga masak.
Hidangan muffin coklat chip anda telah pun siap dibina.
Hidangan ini juga boleh dibuat sempena hari raya akan datang.
Tips:
Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).
Selamat Mencuba
0 comments:
Post a Comment