RESEPI BISKUT OAT KISMIS.

RESEPI BISKUT OAT KISMIS.

Biskut oat memang sedap dimakan. Kali ini resepi-oh-resepi akan berkongsi dengan anda resepi biskut oat tetapi dicampur pula dengan kismis. Kismis digabungkan untuk menambahkan lagi khasiatnya. Ramai yang mengetahui oat sangat baik untuk jantung manakala kismis pula adalah untuk minda. Biskut ini sangat baik untuk di makan oleh semua orang.

BAHAN-BAHANNYA:
210 gm mentega
150 gm gula perang
1 biji telur
1 sudu esin vanilla
230 gm tepung key
1 sudu baking soda
Garam
140 gm oat
130 gm kismis
40 gm susu cair

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT OAT KISMIS.
Pukul mentega, garam dan gula perang sehingga kembang dan nampak berkrim.
Kemudian masukkan telur dan susu cair.
Gaulkan semuanya sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung, baking soda dan oat.
Gaulkan semula sehingga sekata.
Masukkan kismis.
Jadikan adunan anda tadi berbentuk bola.
Akhir sekali masukkan ke dalam oven suhu 180 Celcius dan bakar selama 25 minit.
Biskut oat kismis ini apabila sudah masak akan berwarna kuning keemasan.
Memang menarik warnanya apabila sudah masak.
Biskut oat kismis anda telah pun siap

Selamat Mencuba.


Sumber;
Majalah Seri Dewi & Keluarga
Ogos 2010

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top