RESEPI BISKUT COKLAT KACANG HAZEL.

RESEPI BISKUT COKLAT KACANG HAZEL.

Biskut coklat kacang hazel sememangnya menjadi kegemaran ramai orang. Ianya begitu menyelerakan dan menjadi menjadi salah satu hidangan yang akan dicari oleh ramai orang ketika berkunjung ke rumah pada hari raya nanti. Resepi-oh-resepi akan berkongsi dengan anda tentang resepi biskut coklat kacang hazel.

BAHAN-BAHANNYA:
2 biji telur
185 gm gula
185 gm serbuk kacang hazel
90 gm coklat cair
Perisa Vanilla

CARA-CARA MEMBUAT BISKUT COKLAT KACANG HAZEL:
Kacau putih telur dan gula sehingga kembang.
Kemudian masukkan kacang hazel dan coklat cair.
Masukkan perisa vanilla.
Gaul perlahan-lahan sehingga semuanya sebati.
Bentukkan dengan menggunakan paip bulat di atasa acuan.
Bakar suhu 160 Celcius selama 15 minit.

Selamat Mencuba


Sumber dari 
Chef Ezamdin Sumadi
Pan Pacific KLIA
Majalah Seri Dewi & Keluarga
Ogos 2010

Written by

Menyediakan pelbagai jenis resepi-resepi yang sedap dan lazat. Semuanya adalah percuma untuk anda semua yang meminati resepi masakan.

0 comments:

Post a Comment

Gallery

 

© 2013 RESEPI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top