Bahan-Bahan
- Ikan Siakap 1 @ 2 ekor.
- Tepung jagung.
- 1 biji bawang besar dipotong dadu.
- 4 ulas bawang putih dipotong dadu.
- 2 inci halia.
- 1 batang lobak merah dipotong dadu.
- Sebiji setengah tomato.
- Nenas yang dipotong dadu.
- 2 sudu besar cili yang telah dikisar.
- 2 sudu besar sos tomato.
- 2 sudu besar sos cili.
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 susu besar sos plum
- Garam secukupnya.
- Gula sesedap rasa.
CARA-CARA MEMBUAT IKAN SIAKAP 3 RASA.
- Gaulkan ikan Siakap tersebut dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Tepung jagung digunakan utk merangupkan lagi ikan tersebut.
- Goreng ikan tersebut dengan minyak panas.
- Keluarkan ikan tersebut dari kuali setelah di goreng dan telah rangup.
CARA-CARA MEMBUAT SOS SIAKAP 3 RASA.
- Ambil sos cili, sos tiram, sos tamato dan sos plum dan gaulkannya hingga sebati.
- Sementara itu tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia ke dalam minyak yang kita goreng ikan tadi. Tumiskannya sehingga aroma bau nya naik ke seluruh rumah anda.
- Setelah itu masukkan cili yang telah dikisar tadi hingga pecah minyaknya.
- Selepas itu bolehlah dimasukkan sos yang kita telah gaulkan tadi ke dalam kuali.
- Masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
- Jika terlalu pekat anda bolehlah menambah sedikit air.
- Apabila kuah dah semakin pekat masukkan lobak merah dan tomato.
- Kacau sehingga semuanya sebati.
- Setelah semuanya selesai tuangkan sos ini ke atas ikan Siakap tadi.
Admin mendoakan semoga anda berjaya membuat ikan siakap 3 rasa ini.
sedap ke tak ni?
ReplyDeleteMestilah sedap sesangat. kalau nak cuba boleh datang rumah..
Delete